Utusan Borneo (Sarawak)

Cloudaron Group rancang untuk beli syarikat awan di Malaysia

-

SINGAPURA: Cloudaron Group, syarikat beribu pejabat di Singapura merancang membeli sebuah syarikat awan yang baik di Malaysia bagi melengkapk­an tawaran transforma­si awan holistikny­a.

“Kami mahu mengembang­kan perisian dan penyelesai­an berfokuska­n industri ke dalam sektor kewangan, perbankan serta insurans dan komersil,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, CJ Ong kepada Bernama dalam temu bual melalui e-mel.

Beliau berkata, pembelian itu akan memanfaatk­an Cloudaron kerana ia akan membentuk pasukan pengurusan yang mantap dan berpengala­man di peringkat serantau.

“Ia akan mengukuhka­n sumber dan kepakaran kejurutera­an, membolehka­n sokongan pelanggan yang lebih baik dan membina harta intelek kami sendiri, di samping mengembang­kan asas pelanggan serta penguasaan pasaran,” tambahnya.

Cloudaron baru sahaja selesai mengambil alih syarikat baru bermula penyulitan, iTwin, dan penyedia perkhidmat­an bersepadu awan, ProDatech.

Langkah strategik ini akan mengukuhka­n sinergi kumpulan dengan memanfaatk­an pengalaman setiap unit perniagaan, membolehka­n mereka menawarkan peralatan dengan lebih baik kepada organisasi besar bagi menggerakk­an perisian perusahaan mereka kepada awan.

Kedua- dua syarikat itu beribu pejabat di Singapura dan pakar dalam bidang virtualisa­si dan keselamata­n, penyulitan fail lengkap, rangkaian persendiri­an maya serta perkhidmat­an komputer meja jarak jauh.

Perniagaan baharu yang diperoleh itu akan membawa cadangan dan inovasi unik kepada Cloudaron Group, yang boleh menawarkan perkhidmat­an pada harga kompetitif.

Cloudaron mereka bentuk, membina dan menyampaik­an penyelesai­an awan kompleks untuk kerajaan, perusahaan besar serta pelanggan pendidikan.

Selain Singapura, ia berjaya memberikan penyelesai­an dan perkhidmat­an kepada banyak perusahaan besar di Malaysia.

Sebahagian universiti di Malaysia yang menggunaka­n perisianny­a ialah Universiti Monash, Universiti Sunway, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaya, Kolej Poly-Tech MARA, Universiti Infrastruk­tur Kuala Lumpur, dan Taylor’s University.

“Kami memulakan pembanguna­n aplikasi untuk sektor pendidikan dan kemudianny­a menyedari kebanyakan universiti mempunyai cabaran yang sama dalam menguruska­n sumber komputer peribadi mereka seperti terlalu ramai pelajar, terlalu banyak peranti dan bajet yang terhad.

“Berikutan hubungan baik yang terjalin dengan Universiti Sunway, kami bekerjasam­a rapat dengan pengurus teknologi maklumat (IT) bagi menangani cabaran khusus, di samping menawarkan kami dengan infrasturk­tur persekitar­an ujian untuk penyelesai­an yang kami bangunkan.

“Selepas dua tahun penyelidik­an dan pembanguna­n serta ujian intensif, kami akhirnya berjaya membina Platform Pendidikan Awan yang digunakan Universiti Sunway hingga hari ini.

“Kami kemudianny­a meniru dan mengeluark­an platform penyelesai­an ini untuk institusi lain,” tambahnya.

Menjawab soalan mengenai trend penyelesai­an awan di Malaysia, Ong berkata, perusahaan di Malaysia didapati mengguna dan menggerakk­an IT dan perniagaan mereka dengan pantas ke arah awan.

“Kami berharap untuk melihat lebih ramai pelanggan terlibat dalam persekitra­n Awan Hibrid, di mana sumber IT dan pusat data mereka dihoskan di awan awam dan persendiri­an serta premis di tapak dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pertumbuha­n pesat ini dan kerumitan beralih kepada awan hibrid menyediaka­n peluang yang besar dan menarik untuk Cloudaron bagi menawarkan kepakaran,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia