Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang luas dalam platform digital bagi syarikat farmaseuti­kal, teknologi perubatan

-

SINGAPURA: S. P. A. G., syarikat yang terlibat dalam perhubunga­n awam, hal ehwal awam dan perunding pemasaran digital, menjangka peluang yang luas dalam platform digital bagi syarikatsy­arikat farmaseuti­kal dan teknologi perubatan.

Syarikat yang beribu pejabat di Singapura dengan operasi di Malaysia, Singapura, Indonesia dan India itu mengakui keperluan untuk berbelanja lebih dalam pemasaran digital dan media sosial.

Ini dipacu oleh prospek pertumbuha­n bagi pemasar dalam sektor-sektor farmaseuti­kal, teknologi perubatan serta penjagaan kesihatan dan syarikat telah memperoleh Giga Health, firma penjagaan kesihatan yang memberi tumpuan pemasaran digital dan agensi media sosial baru-baru ini.

“Ini adalah satu langkah strategik kami kerana ia memajukan wawasan kami untuk memperluas­kan portfolio dalam pemasaran digital dan media sosial strategik,” kata rakan kongsi pengurusan, Aman Gupta dalam satu kenyataan semalam.

“Kepakaran dan falsafah Giga Health seiring dengan kami. Kami boleh bersamasam­a membina keupayaan dan mewujudkan kedudukan nilai yang menawarkan produk inovatif dan cekap kepada pelanggan,” katanya.

Langkah ini akan membantu S.P.A.G. membina kepakaran, mengembang­kan lagi perkhidmat­an yang ditawarkan dan mengukuhka­n kehadirann­ya dalam sektor farmaseuti­kal, teknologi perubatan dan penjagaan kesihatan di rantau Asia Pasifik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia