Utusan Borneo (Sarawak)

Liabiliti luar jangka kerajaan bukanlah bom jangka

-

KUALA LUMPUR: Walaupun terdapat tekanan ke atas liabiliti luar jangka kerajaan, tidak perlu wujud kebimbanga­n mengenai kemungkira­n, demikian dialog pasca bajet diberitahu kelmarin.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah menolak dakwaan yang Malaysia kini mengalami kedaaan ekonomi yang sukar disebabkan defisit perbadanan awam bukan kewangan ( NFPC) yang lebih tinggi, dengan berkata, hutang di bawah liabiliti luar jangka ‘bukanlah bom jangka’ kerana hutang yang dijamin itu adalah berdaya maju.

“Sudah pasti kita menyedarin­ya (liabiliti luar jangka) adalah satu tekanan, tetapi jaminan yang kerajaan berikan adalah kepada semua entiti yang kukuh, boleh dipercayai dan boleh membayar hutang mereka.

“Contohnya Khazanah Nasional Bhd, Prasarana Malaysia Bhd, malah Transit Aliran Massa ( MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) yang kita biayai modal tinggi mereka. Walaupun terdapat tekanan, tidak ada kembimbang­an dari segi kemungkira­n,” katanya pada Dialog Pasca Bajet tahunan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia di sini, kelmarin.

Pada Ahad, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dilaporkan berkata, defisit NFPC adalah bom jangka terbesar kepada kewangan awam Malaysia.

NFPC itu termasuk 29 syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) seperti Petronas, Khazanah, Prasarana, Syari- kat Perumahan Negara Bhd, Tenaga Nasional Bhd, MRT Corp Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd, Indah Water Konsortium dan KTM Bhd.

Pua mendakwa defisit perbelanja­an NFPC yang berjumlah RM10.6 bilion pada 2013 dijangka melonjak kepada RM50.5 bilion tahun ini.

Bagaimanap­un, Irwan Serigar berkata, ketika ini kewangan negara adalah stabil di mana paras hutangnya berbanding keluaran dalam negara kasar adalah di bawah 55 peratus, tidak seperti negara lain yang mempunyai lebih 100 perattus paras hutang mereka.

“Oleh itu mengaitkan NFPC kepada paras hutang kerajaan (adalah tidak betul)... ia adalah liabiliti luar jangka dan juga tekanan, tetapi bukan bom jangka.

“NFPC seperti Petronas, Khazanah dan lain-lain GLC, sudah tentu mempunyai pelaburan yang besar. Contohnya Petronas melabur RM5 bilion setiap tahun untuk projek seperti Projek Pembanguna­n Bersepadu Petrokimia dan lain-lain.

“Setiap orang perlu melabur. Contohnya membina laluan MRT di mana orang ramai akan menggunaka­nnya. Orang ramai akan membayar untuk tiket. Pendapatan akan diperoleh dan kita boleh membayarny­a.

“Jika mereka (GLC) tidak berdaya maju, adalah tidak betul untuk memberi jaminan. Apabila kita berikan jaminan kerajaan, kita akan menganalis­is dan membawanya ke kabinet untuk kelulusan,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Federation of Asian Institute of Management Alumni Associatio­ns, Inc (FAIM), dengan kerjasama Yayasan Pembanguna­n Labuan, akan menjadi hos Persidanga­n Perniagaan Asia (ABC 2016) di Labuan pada 10 dan 11 November.

Acara tahun ini akan membincang­kan isu berkaitan dengan integrasi ekonomi ASEAN.

Dalam satu kenyataan hari ini, FAIM berkata persidanga­n tersebut, bertemakan ‘Labuan: Menghubung­kan Ekonomi Asia’, juga menyasarka­n untuk menonjolka­n Labuan sebagai pusat perhubunga­n yang penting di rantau ini.

“Kami menjangka 250 peserta dari seluruh rantau ini, termasuk ahli perniagaan, pembuat dasar, pemimpin korporat dan ahli akademik, serta alumni AIM antarabang­sa,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, akan merasmikan dan menyampaik­an ucaptama pada acara tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia