Utusan Borneo (Sarawak)

Agrobank agih pembiayaan tertinggi bernilai RM8.44 bilion pada Jan-Sept 2016

-

IPOH: Agrobank mengagihka­n pembiayaan tertinggi bernilai RM8.44 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2016, pertumbuha­n sebanyak 13.4 peratus berbanding 3.3 peratus yang dicatat pada tempoh sama 2015.

Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata daripada jumlah itu, RM5.1 bilion atau 59.9 peratus merupakan pembiayaan kepada sektor pertanian primer.

“Daripada sektor primer ini, RM3.1 bilion merupakan pembiayaan kepada segmen agro makanan,” katanya kepada pemberita pada program perkongsia­n maklumat berkenaan prospek dan peluang dalam pertanian anjuran Agrobank di sini, semalam.

Beliau berkata prestasi itu satu pencapaian yang amat membanggak­an, memandangk­an walaupun keadaan ekonomi dunia mencabar namun Agrobank masih mampu meneruskan momentum kekal kukuh dalam industri.

Mohamad Zabidi berkata, Perak merupakan negeri berpotensi besar dalam industri pertanian.

Beliau berkata agihan pembiayaan Agrobank kepada Perak bagi sembilan bulan pertama 2016 adalah sebanyak RM938.9 juta atau 11 peratus daripada nilai keseluruha­n pembiayaan bank tersebut.

Daripada jumlah itu, industri tanaman mencatatka­n nilai pembiayaan terbanyak iaitu RM449.75 juta atau 48 peratus, dengan tanaman kelapa sawit menerima agihan pembiayaan tertinggi bernilai RM185.17 juta, katanya.

Beliau berkata Agrobank mengagihka­n nilai pembiayaan sebanyak RM756.32 juta bagi Perak dalam tempoh sama 2015.

Perak juga mencatatka­n pertumbuha­n 66.79 peratus bagi nilai deposit iaitu melebihi RM359 juta untuk tempoh yang sama 2016, berbanding RM215 juta, tempoh sama tahun lepas, katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mohamad Zabidi berkata Agrobank melantik 284 ejen di seluruh negara menerusi perkhidmat­an Ejen Perbankan (AgroAgent) yang kebanyakan­nya terdiri daripada Pertubuhan Peladang Kawasan, Persatuan Nelayan Kawasan dan Kedai Agrobazaar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Mohamad Zabidi (dua kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n ejen perbankan terbaik kepada wakil Agrobazar Kedai Rakyat, Abdul Aziz Jamal pada majlis Program Perkongsia­n Maklumat Agenda Agro Prospek dan Peluang dalam Pertanian di Pusat Konvensyen...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Mohamad Zabidi (dua kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n ejen perbankan terbaik kepada wakil Agrobazar Kedai Rakyat, Abdul Aziz Jamal pada majlis Program Perkongsia­n Maklumat Agenda Agro Prospek dan Peluang dalam Pertanian di Pusat Konvensyen...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia