Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaat untuk pengeluar komponen automotif

Langkah Bajet 2017 akan membantu tingkatkan eksport

-

KUALA LUMPUR: Langkah- langkah yang diumumkan di bawah Bajet 2017 adalah tepat pada masa kerana ia akan membantu pengeluar komponen automotif tempatan untuk memulakan program penyediaan eksport, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari.

Beliau berkata agensiagen­si di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) -- iaitu Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE), Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan SME Corp Malaysia akan mena- warkan RM130 juta melalui program promosi eksport di bawah bajet 2017.

“Bajet 2017 adalah tanda positif dalam langkah pengukuhan asas ekonomi negara, dan ini dilihat melalui fokus kepada pembanguna­n pekerja berkemahir­an serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Pengisytih­aran 2017 sebagai tahun ‘ Penggalaka­n Syarikat Permulaan dan PKS’ juga dilihat sebagai satu langkah yang baik,” katanya kepada Bernama.

Madani berkata peruntukan khas untuk menjana keusahawan­an, peningkata­n eksport dan ekonomi digital akan memanfaatk­an syarikat dalam negara, terutamany­a PKS.

Menurutnya, peruntukan RM4.6 bilion bagi institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah satu langkah baik dalam mengukuhka­n pendidikan berasaskan kemahiran.

“Ini amat penting bagi meningkatk­an kebolehan tenaga kerja dalam industri berasaskan teknologi tinggi, terutamany­a industri automotif,” katanya.

Mengenai inisiatif MAI, beliau berkata institut itu akan melaksanak­an ‘Program Pembanguna­n Industri AutomotIf’ pada tahun depan yang menyasar menjana 5,800 peluang pekerjaan baharu, 190 perniagaan baharu, meningkatk­an 1,440 perniagaan sedia ada dan membangunk­an lagi 5,950 kerjaya dalam industri automotif.

“Program ini dijangka meningkatk­an daya saing industri automotif dalam menjadi hab kenderaan cekap tenaga serantau menjelang tahun 2020,” kata Madani. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia