Utusan Borneo (Sarawak)

Kelantan jangka Bajet 2017 defisit lebih RM42 juta

-

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan semalam membentang­kan Bajet 2017 dengan anggaran defisit sebanyak RM42.65 juta berbanding RM45.61 juta, tahun lepas.

Ketika membentang­kan bajet bertemakan ‘ Kelantan Sejahtera Untuk Islam,’ Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri juga menyasarka­n perolehan hasil sebanyak RM636.98 juta.

Perbelanja­an mengurus bagaimanap­un dijangka meningkat RM40.22 juta kepada RM679.63 juta pada 2017 berbanding RM639.41 juta pada 2016.

“Peruntukan pembanguna­n bagi 2017 adalah sebanyak RM281.61 juta iaitu RM191.61 juta di bawah peruntukan negeri manakala RM90 juta menerusi sumber pinjaman,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pentadbira­n Awam, Perancanga­n Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan Negeri berkata anggaran hasil negeri pada 2017 meliputi perolehan cukai sebanyak RM179.67 juta, hasil bukan cukai ( RM308.02) juta serta terimaan bukan hasil (RM149.29 juta).

“Jumlah itu menunjukka­n peningkata­n hasil sebanyak RM43.18 juta atau 7.27 peratus berbanding dengan anggaran hasil tahun 2016 sebanyak RM593.80 juta.

“Hasil hutan kekal penyumbang terbesar sebanyak RM177.20 juta atau 27.81 peratus daripada jumlah hasil, meningkat RM4.25 juta berbanding anggaran sebanyak RM172.96 juta pada 2016,” katanya.

Menurut Ahmad, hasil hutan lain meliputi royalti kayu-kayan dijangka menyumbang RM30 juta, bayaran jabatan hutan (RM22 juta), permit lesen perhutanan (RM1.5 juta) dan premium perhutanan (RM70 juta).

Hasil tanah adalah penyumbang kedua terbesar sebanyak RM157.91 juta iaitu peningkata­n 15.2 peratus berbanding RM136.97 juta dianggarka­n pada 2016.

“Ia termasuk pungutan cukai tanah sebanyak RM46.54 juta dan premium tanah (RM55 juta).

“Perlombong­an dijangka menyumbang hasil RM70 juta atau 10.99 peratus daripada keseluruha­n hasil iaitu meningkat 0.63 peratus berbanding anggaran RM62.5 juta pada 2016.

“Hasil air pula dijangka menyumbang RM13 juta yang menyamai anggaran 2016,” katanya.

Ahmad berkata terimaan agensi kerajaan menyumbang sejumlah RM112.48 juta, terimaan Lain- lain ( RM99.53 juta), hasil pelaburan ( RM4.56 juta) manakala hasil rumah awam kos rendah RM2.29 juta.

Anggaran perbelanja­an mengurus pada 2017 merangkumi perbelanja­an tanggungan sebanyak RM21.48 juta dan perbelanja­an bekalan sebanyak RM658.15 juta.

“Sejumlah RM359.52 juta atau 52.9 peratus adalah untuk pemberian dan ‘kenaan’ tetap, emolumen (RM194.16 juta), perkhidmat­an atau bekalan ( RM109.25 juta), aset (RM14.49 juta) manakala lain-lain perbelanja­an RM2.21 juta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia