Utusan Borneo (Sarawak)

Halal Internatio­nal Selangor akan lancar NPDH pada separuh kedua 2017

-

KUALA LUMPUR: Halal Internatio­nal Selangor (HIS), anak syarikat Central Spectrum (M) Sdn Bhd berharap untuk melancarka­n Neksus Perolehan Dagangan Halal (NPDH) pada separuh kedua 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas berkata, NPDH adalah pusat dagangan halal khusus yang memudah, memboleh dan membuatkan semua produk halal boleh didapati di seluruh dunia.

“Ia juga akan membantu mengesah dan mengedarka­n kembali produk tersebut ke pasaran global dengan integriti halal serta patuh syariah yang lengkap bagi memas- tikan akses, kemampuan, ketersedia­an dan kemampanan pada setiap tempat dan masa,” katanya kepada Bernama.

Mahmud berkata, NPDH akan menawarkan maklumat mengenai perkhidmat­an halal, jaminan penghantar­an, kemudahan logistik serta platform e-dagang kepada syarikat halal.

Pengiat industri dengan produk halal akan mendapat pengiktira­fan sebagai pengeluar patuh halal di kalangan neksus perolehan di seluruh dunia, katanya.

“Mereka juga akan didedahkan kepada potensi pasaran neksus perolehan halal dari China, Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Timur Tengah, Eropah dan Rusia,” katanya.

Mahmud berkata, HIS adalah satu ekosistem yang mengandung­i 10 program utama, antaranya hartanah, pembanguna­n industri, jaminan penghantar­an, pembanguna­n modal insan serta rantaian pengedaran.

HIS ditubuhkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor dan bertujuan menawarkan peluang pasaran kepada dagangan dan industri halal global yang bernilai AS$ 46.1 trilion ( AS$ 1 = RM4.17).

Antara pasaran sasarannya ialah pengeluar, peniaga, pengedar, peruncit, usahawan serta graduan menganggur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia