Utusan Borneo (Sarawak)

Exim Bank lepasi sasaran 2016, agih pinjaman RM10 bilion setakat ini

-

KUALA LUMPUR: ExportImpo­rt Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) telah mengagihka­n pinjaman kira-kira RM10 bilion setakat ini tahun ini, melepasi sasaran sebanyak RM7.5 bilion bagi 2016, kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Norzilah Mohamed.

Beliau berkata bank menyasar untuk mengembang­kan portfolio pinjamanny­a sebanyak 10 hingga 15 peratus tahun ini, lebih rendah berbanding 30 peratus yang dicapai pada 2015, berikutan persekitar­an luar yang kurang memberangs­angkan.

Bagaimanap­un sasaran EXIM Bank, kata beliau, besar apabila dibandingk­an dengan prestasi pertumbuha­n pinjaman bank-bank komersial lain pada kira-kira enam peratus.

“Setiap tahun kami meneliti semula hala tuju strategik kami dan berdasarka­n kepada pasaran dunia yang lembap, kami yakin 15 peratus adalah sederhana dan boleh dicapai.

“Kami perlu lebih selektif dari segi (siapa) kami sokong di luar negara dan mereka yang boleh mengekalka­n perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucapan pada program latihan Forum Exim Bank Asia ke-33 di sini semalam.

Norzilah berkata bagi tahun depan, unjuran pertumbuha­n pinjaman juga seiring dengan Bajet 2017 yang dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas.

Dalam bajet berkenaan, kerajaan memperuntu­kan RM200 juta dalam pembiayaan dan kemudahan kredit insurans sehingga RM1 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui EXIM Bank.

“Saya percaya akan terdapat permintaan yang baik (bagi pinjaman) memandangk­an fokus tahun depan ialah bagi PKS meningkatk­an kapasiti untuk ke luar negara,” kata Norzilah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia