Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja lembam bergaya serba merah dibunuh

-

LOS ANGELES: Dua anggota samseng kawasan Los Angeles didapati bersalah kelmarin atas tuduhan membunuh seorang remaja kurang mental berhubung baju dan kasutnya yang merah, warna yang dikaitkan dengan sebuah geng musuh.

Me n u r u t pi h a k pendakwaan, Tavin Price, 19, ditembak mati di hadapan ibunya dekat sebuah kedai cuci kereta di kawasan kejiranan Hyde Park, selatan Los Angeles.

Kanasho Johns, 29 tahun, dan Kevin Deon Johnson, 26 tahun, dua anggota geng ‘ NeighborHo­od Crips’, yang menggunaka­n warna biru, disabit kesalahan oleh juri bagi pembunuhan yang berlaku pada Mei 2015 itu.

Johns, yang melepaskan empat das tembakan yang membunuh Price, turut didapati bersalah memiliki senjata api.

Suspek ketiga dalam kes itu, Dwight Kevin Smith, 31 tahun, terdahulu mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat dan berdepan dengan hukuman penjara selama 12 tahun.

“Tavin Price dibunuh kerana maruah geng, kerana maruah geng adalah lebih penting daripada nyawa Tavin Price,” kata pendakwa Bobby Zoumberaki­s kepada juri yang dianggotai lapan lelaki dan empat wanita.

Beliau berkata Price didatangi Smith, yang memperkena­lkan diri sebagai seorang anggota samseng dan bertanya mengenai geng yang disertainy­a: “Kenapa kamu berpakaian serba merah? Kamu berasal dari mana?”

Seorang anggota keluarga yang ada bersama Price sewaktu konfrontas­i berkenaan memberikan keterangan bahawa dia memberitah­u Smith, pemuda itu bukan anggota geng dan menjelaska­n mangsa adalah lembam.

Sejurus kemudian, Price ditembak ketika berdiri di tepi kereta ibunya.

Johns dan Johnson boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup apabila hukuman dijatuhkan pada 30 November. Smith akan dijatuhi hukuman pada tarikh kemudian.

Beberapa anggota keluaga dan rakan mangsa yang hadir di mahkamah kelmarin memakaijak­etdankasut­merah sebagai tanda bantahan.

Los Angeles digambarka­n sebagai ibu kota geng Amerika Syarikat, dengan lebih 450 geng aktif yang beroperasi di bandar raya tersebut, menurut Jabatan Polis Los Angeles.

Sejak tiga tahun lepas, 491 pembunuhan telah dikaitkan dengan aktiviti samseng, kata polis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia