Utusan Borneo (Sarawak)

Anjing laut serang peluncur

-

SYDNEY: Seekor anjing laut yang agresif menggigit seorang peluncur dan menjatuhka­n seorang lagi lelaki dari papannya di sebuah pantai yang popular di Sydney dalam satu kejadian luar biasa, satu laporan menyebut semalam.

Na t h a n Sh e p h e r d menjalani pembedahan pada lengannya selepas haiwan itu melompat keluar dari air dan menggigitn­ya di Shelly Beach, Manly, petang Ahad lepas.

“Saya rasa takjub dapat berenang bersama anjing laut itu tetapi ia semakin hampir. Ia berenang agak pantas, melompat keluar dari air lalu menggigit lengan saya,” kata peluncur berusia 45 tahun itu kepada akhbar Manly Daily.

“Saya cuba menurunkan papan luncur, kemudian meletakkan papan luncur di antara kami, lalu saya naik semula ke atas papan dan berkayuh ke pantai.”

Luka pada lengan kanannya kelihatan seperti tanda gigi. “Gigitan yang dalam. “Kejadian ini luar biasa,” kata Shepherd.

Anggota penyelamat Victoria O’Halloran berkata anjing laut itu amat agresif.

Sejam sebelum kejadian, anjing laut itu telah menjatuhka­n seorang lagi peluncur dan menggigit papannya.

“Ia datang dari bawah dan menjatuhka­n saya. Ada dua tanda gigitan yang besar pada papan,” kata peluncur Tom Wallington kepada Daily.

Gambar dalam akhbar menunjukka­n tanda gigitan dan pengunjung pantai mngerumuni anjing laut itu untuk mengambil gambar ketika ia naik ke pantai.

Shona Lorigan dari kumpulan penyelamat hidupan liar marin ORRCA, yang dipanggil untuk datang ke pantai berkata, ia adalah haiwan liar dengan gigi yang sangat tajam dan akan mempertaha­nkan diri jika diancam atau dicabar.

Di bawah undang-undang negeri New South Wales, orang tidak boleh berada kurang 40 meter dari anjing laut dewasa apabila ia berada di darat, kurang 10 meter di laut, dan 80 meter dari anak anjing laut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia