Utusan Borneo (Sarawak)

10 cedera dalam letupan di selatan Turki

-

ANKARA: Sekurangku­rangnya 10 orang cedera dalam satu letupan semalam di tempat letak kereta dalam sebuah bangunan pejabat di kota Antalya, selatan Turki, media tempatan melaporkan.

Datuk bandar kota itu, Menderes Turel memberitah­u badan penyiaran NTV 10 hingga 12 orang cedera ringan terkena serpihan kaca dalam letupan yang berlaku di bangunan Dewan Perdaganga­n dan Industri Antalya sekitar jam 8.50 pagi waktu tempatan.

Turel memberitah­u saluran CNN Turk, letupan itu sedang disiasat dan masiha terlalu awal untuk membuat andaian mengenai puncanya.

“Letupan itu mungkin bukan serangan pengganas, kita mesti tunggu maklumat rasmi,” kata Turel.

Sejak setahun lalu, Turki mengalami siri serangan yang dikaitkan dengan kumpulan pelampau jihad Islamic State dan puak militan Kurdis.

Imej TV menunjukka­n sebuah kereta yang hangus dan musnah serta serpihan kaca berdekatan. Sekurangku­rangnya empat kereta berdekatan turut rosak, kata agensi berita Dogan.

Insiden itu berlaku 11 hari selepas tiga roket terkena seorang penjual ikan tepi jalan di wilayah pelanconga­n yang popular itu, tetapi tidak menyebabka­n kematian.

Dalam pada itu, Menteri Luar

Turkish Foreign Minister Mevlut Cavusoglu berkata semalam dalam temu bual bersama badan penyiaran Kanal 24 bahawa Ankara akan melancarka­n operasi darat di Iraq bagi menghapusk­an sebarang ancaman yang mungkin timbul ke atas Turki. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia