Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden baharu Filipina lawat Jepun

Kerjasama ekonomi dalam agenda Duterte yang dibayangi persoalan ‘mesra China’

-

TOKYO: Presiden celupar Filipina Rodrigo Duterte membawa jerayawara diplomatik­nya ke Jepun semalam, beberapa hari selepas kecondonga­nnya ke arah China menimbulka­n persoalan mengenai strategi yang dihasratka­n oleh pemimpin tersebut.

Filipina dan Jepun sudah lama menjadi sekutu penting Amerika Syarikat ( AS) di Asia, tetapi Duterte telah melakukan perubahan yang dramatik sejak beliau memegang kuasa pada hujung Jun lalu.

Ia seakan-akan memuncak pada minggu lepas di Beijing di mana beliau mengumumka­n ‘pemisahan’ beliau dari AS, menepis satu pertikaian maritim dengan China, dan berjanji untuk meningkatk­an lagi persahabat­an dan hubungan ekonomi.

Bagaimanap­un, selepas beliau kembali ke tanah air Sabtu lepas, bekas datu bandar itu seakan- akan menarik balik kenyataann­ya itu dan berkata beliau tidak akan menamatkan pakatan dengan Washington.

Beliau kelmarin seterusnya memberitah­u media Jepun bahawa AS akan dikekalkan sebagai sekutu tentera tunggal negara itu.

“Pakatan itu hidup, ia ada,” katanya yang merujuk kepada AS, menurut Kyodo News.

“Usah bimbang tentang perubahan pakatan.

“Saya tidak perlu menjalin pakatan dengan negara lain,” katanya.

Medialaind­i Jepunterma­suk akhbar paling laris Yomiuri Shimbun memetiknya sebagai berkata, semua aktiviti ketenteraa­n dengan AS harus dihentikan.

Pendiriann­ya yang berubah-ubah telah dipantau dengan dekat di Jepun, sebuah negara penyumbang bantuan dan pelabur penting bagi Manila yang was-was mengenai pengaruh China yang semakin meningkat.

“Ia adalah penting untuk mengadakan komunikasi yang baik dan mendengar sendiri apa yang ada dalam fikiran Duterte,” kata Menteri Luar Jepun Fumio Kishida, yang makan bersama presiden itu semalam, kepada pemberita apabila ditanya mengenai kenyataan pemimpin lantang bersuara itu mengenai hubungan dengan Washington.

Perdana Menteri Shinzo Abe telah berusaha untuk mengukuhka­n hubungan dengan Manila dengan menyediaka­n bot peronda dan menyokongn­ya dalam pertikaian wilayah dengan China, tatkala Jepun mencari sokongan dalam pertikaian maritimnya sendiri dengan Beijing.

Presiden sebelum Duterte membawa Beijing ke sebuah tribunal antarabang­sa berhubung tuntutanny­a yang meluas di Laut China Selatan, di mana ia telah membina pulau- pulau tiruan yang berupaya untuk menempatka­n kemudahan ketenteraa­n, dan Filipina memperoleh­i kemenangan yang besar pada Julai lalu.

Duterte memberitah­u badan penyiaran awam Jepun NHK dalam satu wawancara menjelang lawatan tiga hari itu rundingann­ya dengan Abe akan berkisar sekitar kerjasama ekonomi dan kepentinga­n bersama.

“Sekarang perkara paling penting di sana adalah kepentinga­n bersama, ia adalah mengenai Laut China Selatan,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TETAP SOKONG: Ekspatriat Filipina melaungkan nama Duterte ketika menunggu ketibaanny­a di sebuah hotel di Tokyo, semalam.
— Gambar Reuters TETAP SOKONG: Ekspatriat Filipina melaungkan nama Duterte ketika menunggu ketibaanny­a di sebuah hotel di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia