Utusan Borneo (Sarawak)

Juri saksi video ngeri dalam kes Jutting

-

H ONG K ONG: Juri dalam perbicaraa­n kes pembunuhan melibatkan pegawai bank British Rurik Jutting menonton rakaman ngeri iPhone semalam yang menunjukka­n seranganny­a ke atas seorang wanita Indonesia yang mana mayatnya kemudian ditemui disumbat dalam beg pakaian dalam flatnya di Hong Kong.

Jutting, 31, dibicaraka­n atas kematian dua wanita Indonesia yang dibunuh dalam pangsapuri mewahnya dua tahun lalu.

Bekas peniaga sekuriti Bank of America-Merrill Lynch itu mengaku tidak bersalah atas kedua- dua tuduhan membunuh kelmarin, atas alasan kerosotan rasa tanggungja­wab.

Dia mengaku bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat, tetapi ditolak oleh pihak pendakwaan.

Juri semalam menonton rakaman selama 20 minit yang menunjukka­n Jutting menyerang mangsa pertama, Sumarti Ningsih, 23, yang menurut pendakwaan diseksa selama tiga hari selepas dia tiba di flat tertuduh pada 25 Oktober 2014.

Jutting telah menawarkan wang kepada mangsa untuk seks.

Pemberita di mahkamah tidak menonton rakaman yang mengganggu perasaan itu yang ditunjukka­n pada skrin individu kepada juri, tetapi dapat mendengar audio.

“Kau mahu aku memukul kau? Jika kau kata ya, aku pukul kau sekali.

“Jika kau kata tidak, aku pukul kau dua kali,” Jutting kedengaran menyebut.

“Kalau kau menjerit, aku tumbuk kau, faham?”

Jutting berulang kali bertanya kepada Ningsih sama ada Ningsih menyayangi­nya atau tidak.

Satu-satunya bunyi yang dibuat Ningsih dalam video itu adalah bunyi keluhan berat, menurut seorang pemberita AFP di mahkamah.

Pihak pendakwaan kemudian menunjukka­n beberapa klip Jutting tidak berbaju yang meracau dan bercakap kepada kamera selepas membunuh Ningsih.

Mahkamah kelmarin mendengar tertuduh menyembeli­h mangsa dengan pisau bergerigi dalam bilik mandi ketika mangsa menjilat mangkuk tandas yang kotor atas arahannya.

“Kira-kira lima minit yang lalu, aku baharu membunuh wanita ini,” kata Jutting dalam rakaman iPhone tersebut.

“Aku telah mengambil banyak kokain. Aku telah menyeksany­a dengan teruk.”

Permulaan rakaman menunjukka­n imbasan singkat mayat Ningsih yang tergeletak dalam bilik mandi.

“Tiga hari diseksa, dirogol dan didera secara mental.

“Saya tidak pernah melihat orang sebegitu takut,” katanya.

Tertuduh menggunaka­n playar, alat permainan seks, tali pinggang dan kedua-dua penumbukny­a dalam serangan ke atas Ningsih, mahkamah mendengar kelmarin.

Jutting mengakui ketagihan dengan rasa dominan.

“Aku agak sedih kerana dia seorang yang baik, tetapi aku sebenarnya tidak berasa bersalah,” katanya dalam rakaman video itu.

Dalam klip lain, Jutting bercakap mengenai aksi seksual sehala, dadah, pelacur, dan fantasi gelap, selain memetik kata- kata daripada siri televisyen ‘ Game of Thrones’, serta kelihatan menyedut satu bahan menerusi tiub putih.

Ningsih dan Seneng Mujiasih, 26, dijumpai mati dalam flat Jutting pada awal pagi 1 November 2014, selepas dia memanggil polis.

Jutting mengelar leher Mujiasih pada 31 Oktober selepas berkenalan dengan mangsa di bar dekat rumahnya di Wan Chai dan menawarkan wang untuk seks, kata pihak pendakwaan.

Polis menjumpai mangsa dalam bilik tamu manakala mayat Ningsih ditemui mereput dalam bag pakaian di beranda flat Jutting. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GILA DADAH: Gambar fail 10 November, 2014 menunjukka­n Jutting tersenyum di dalam van penjara yang beredar dari pekarangan mahkamah di Hong Kong.
— Gambar AFP GILA DADAH: Gambar fail 10 November, 2014 menunjukka­n Jutting tersenyum di dalam van penjara yang beredar dari pekarangan mahkamah di Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia