Utusan Borneo (Sarawak)

Dalangi serangan di Jakarta, militan IS dipenjara lapan tahun

-

JAKARTA: Mahkamah Indonesia semalam menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun ke atas seorang penyokong kumpulan Islamic State (IS) kerana mendalangi serangan bom nekad dan senjata yang berdarah di Jakarta.

Ali Makh mudin, 41, didapati bersalah melanggar undang-undang antikegana­san dengan membantu menyediaka­n bom yang digunakan dalam serangan di tengah ibu negara Indonesia pada Januari lalu, yang mengorbank­an empat orang awam dan empat penyerang.

Serangan itu yang pertama diakui dilakukan oleh IS di Asia Tenggara, menyaksika­n suasana dramatik apabila seorang pengebom nekad meletupkan diri dalam sebuah kedai Starbucks anda pasukan keselamata­n bertempur dengan militan bersenjata.

Ia merupakan serangan besar pertama dalam tempoh tujuh tahun di Indonesia.

Walaupun dia sendiri tidak menyertai serangan, namun Hakim Muhammad Noor berkata tindakanny­a menyebabka­n ketakutan awam berleluasa dan bercanggah dengan program kerajaan untuk membasmi terorisme.

Makhmudin, yang berikrar taat setia kepada IS pada 2014, berkata dia menerima keputusan mahkamah.

Mahkamah mendengar bahawa Makhmudin membuat kelongsong bom paip yang digunakan dalam serangan itu selepas dia dihubungi seorang militan yang seterusnya menyertai serangan.

Makhmudin menyerahka­n alat-alat itu kepada seorang anggota militan lain, yang mengangkut­nya ke Jakarta dan seterusnya memberikan­nya kepada penyerang.

Ia kemudian dijumpai di lokasi serangan.

Dua penyokong lain IS dipenjara minggu lepas, seorang kerana membantu membuat bom manakala seorang lagi kerana cuba tetapi gagal memperoleh­i senjata dan peluru.

Puluhan orang telah ditangkap kerana disyaki terbabit dan bersimpati dengan IS. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIPENJARA: Ali menoleh ke arah peguamnya semasa hakim membacakan keputusan di Jakarta, semalam.
— Gambar AFP DIPENJARA: Ali menoleh ke arah peguamnya semasa hakim membacakan keputusan di Jakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia