Utusan Borneo (Sarawak)

Park kesali kebocoran dokumen

-

SEOUL: Presiden Korea Selatan Park Geun- Hye terpaksa memohon maaf secara terbuka semalam atas kebocoran dokumen rasmi kepada kenalan keluarga yang terlibat dalam skandal rasuah.

“Saya betul-betul memohon maaf kepada rakyat,” kata Park dalam satu ucapan di televisyen, sebelum tunduk rendah di hadapan kamera.

Pendakwa raya kini menyiasat rakan lama Park, Choi Soon-Sil, berhubung dakwaan menggunaka­n hubunganny­a dengan presiden untuk memaksa konglomera­t menderma jutaan dolar kepada dua yayasan kebajikan.

Park cuba menjauhi kes itu, tetapi difokus laporan TV kelmarin yang menyebut Choi diberi salinan awal ucapan presiden dan mungkin meminda beberapa ucapan tersebut.

Laporan itu dibuat berdasarka­n 200 fail dalam komputer Choi, yang diperolehi dari pejabatnya selepas meninggalk­an negara ketika skandal menjaja pengaruh itu terbongkar dan lokasinya kini tidak diketahui.

Sambil menggambar­kan Choi membantuny­a ketika susah, Park mengakui mendapatka­n pendapat Choi mengenai ucapannya dan ‘bahan PR’ yang tidak dinyatakan untuk kempen pilihan rayanya dan selepas memegang kuasa pada Februari 2013.

“Saya mendengar pendapatny­a buat seketika tetapi berhenti selepas melantik beberapa pembantu,” kata Park.

Choi anak mendiang tokoh keagamaan Choi Tae-Min, yang diketahui mentor penting kepada presiden semasa sehingga kematianny­a pada 1994. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia