Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel dekat sempadan Kenya-Somalia dibom

-

NAIROBI: Penyerang meletupkan sebahagian daripada sebuah hotel di timur laut Kenya, dan membunuh sekurang-kurangnya 12 orang semalam, dalam satu serbuan yang diakui dilakukan oleh puak militan Al Shebab dari negara jiran Somalia.

Kumpulan itu berkata ia telah merancang untuk membunuh orang bukan Islam di kawasan Mandera, Kenya — lokasi banyak serangan oleh pengganas yang mahu mengguling­kan kerajaan yang disokong dunia Barat di Somalia dan menghukum Kenya kerana mengerahka­n askar untuk menentangn­ya.

Penyelamat mengeluark­an sekurang-kurangnya enam mangsa yang selamat dari runtuhan dan mencari mangsa lain, Pesuruhjay­a Wilayah Timur Laut Mohamoud Saleh menyebut dalam satu kenyataan yang tidak menamakan penyerang.

Seramai 12 orang maut dalam serangan itu, katanya.

“Ke r a j a a n Ke n y a mengecam keganasan ini dan mengucapka­n takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang terkorban,” tambahnya.

Jurucakap Al Shebab bagi operasi ketenteraa­n, Abdiasis Abu Musab mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan itu, dan berkata lelaki bersenjata menyasari orang bukan Islam dan membunuh 15 orang.

“Saya mengira sembilan mayat telah dikeluarka­n dari bangunan oleh rakan sekerja, mereka yang terkorban mungkin ramai lagi.

“Kebanyakan mereka yang terbunuh mempunyai apa yang kelihatan seperti luka tembakan dan bagi mangsa lain, nampaknya runtuhan bangunan telah menimpa mereka,” kata seorang pegawai polis yang enggan dikenali di tempat kejadian.

Serangan berlaku beberapa jam selepas anggota kumpulan terbabit menembak mati seorang pegawai perisikan di ibu negara Somalia, Mogadishu.

“Kami menerima kirakira enam orang dengan kecederaan dari lokasi serangan.

“Ada yang benar- benar kehilangan darah, dua tidak sedarkan diri.

“Kami juga menerima mayat tetapi saya berada dalam sayap mangsa dan tidak dapat mengira berapa orang,” kata seorang jururawat dari Hospital Mandera County kepada Reuters.

Al Shebab membunuh enam orang di sebuah tapak kerja dalam kawasan Mandera pada awal Oktober.

Ia juga telah melancarka­n serangan lebih jauh ke dalam Kenya, termasuk membunuh sekurang-kurangnya 67 orang dalam satu serangan ke atas pusat beli belah Westgate di Nairobi pada 2013. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? HANCUR BERKECAI: Keadaan di tempat kejadian susulan serangan ke atas hotel Bisharo oleh militan Shebab di Mandera, semalam yang menyebabka­n 12 orang maut.
— Gambar Reuters HANCUR BERKECAI: Keadaan di tempat kejadian susulan serangan ke atas hotel Bisharo oleh militan Shebab di Mandera, semalam yang menyebabka­n 12 orang maut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia