Utusan Borneo (Sarawak)

Akademi polis Pakistan diserang Taliban

Pusat latihan dengan 700 rekrut di Quetta diserbu pengebom nekad, 60 orang terbunuh

-

QUETTA: Anggota militan Islamis bersenjata berat dan memakai ves bom menyerbu sebuah akademi polis Pakistan, membunuh sekurang- kurangnya 60 orang serta mencederak­an puluhan lagi, kata pegawai semalam, dalam salah satu serangan pelampau paling berdarah pada tahun ini.

Tiga lelaki bersenjata dari sebuah kumpulan yang ada kaitan dengan Taliban Pakistan menyerbu akademi yang luas itu, dan menyasari kuarters yang menempatka­n kira-kira 700 rekrut, menyebabka­n para pemuda yang ketakutan lari bertempiar­an.

“Saya melihat tiga lelaki yang memakai seragam samaran dan menutup wajah membawa senapang Kalashniko­v,” kata seorang kadet kepada pemberita.

“Mereka mula menembak dan memasuki asrama tetapi saya berjaya melarikan diri dengan memanjat tembok.”

Serangan ke atas Kolej Polis Balochista­n, kirakira 20 kilometer ke timur ibu kota wilayah Quetta, bermula sekitar jam 11.10 malam kelmarin, dan bunyi tembakan terus bergema di tapak tersebut selama beberapa jam.

Menteri dalam negeri wilayah Balochista­n, Sarfaraz Bugti memberitah­u pemberita, ia melibatkan tiga penyerang.

“Mereka mula- mula menyasari sentri menara kawalan, dan selepas berbalas tembakan, membunuhny­adan dapat memasuki pekarangan akademi,” katanya.

Jurucakap kerajaan wilayah Balochista­n, Anwarullah Kakar berkata, 60 orang maut dalam serangan iu, manakala 118 cedera, kebanyakan­nya luka ringan.

Ketua hospital tempatan, Dr Fareed Sumalani mengesahka­n rumah mayat mereka menerima sekurangku­rangnya 60 mayat.

Kawalan keselamata­n ketat di luar akademi pada pagi semalam, dan media tidak dibenarkan memasuki bangunan ketika kontinjen anggota keselamata­n yang besar memeriksa kawasan sekitar.

Ahli- ahli keluarga yang menangis tiba di akademi dan dihantar ke hospital utama di mana pihak berkuasa mula bersiap sedia untuk pengebumia­n.

Mejar Jeneral Sher Afgan, ketua pasukan separa tentera Kor Sempadan di Balochista­n, yang mengetuai operasi balas, berkata serangan itu berakhir kira- kira tiga jam selepas mereka tiba.

Beliau menambah kata, pintasan komunikasi menunjukka­n anggota militan terbabit adalah dari puak Al-Alimi dalam kumpulan militan Lashkar-e-Jhangvi, yang bersekutu dengan Taliban Pakistan.

“Mereka berkomunik­asi dengan ejen di Afghanista­n,” katanya.

Kumpulan itu sendiri belum mengaku mereka melakukan serangan tersebut.

Bugti berkata perkaranga­n berkenaan menempatka­n kira- kira 700 rekrut, dan ratusan daripadany­a telah diselamatk­an.

Kawasansek­itardiselu­bungi kegelapan apabila serangan balas dilancarka­n, manakala kakitangan keselamata­n mengepung kawasan dan ambulans berulang-alik untuk membawa mangsa cedera ke hospital. Helikopter tentera berterbang­an di udara.

Serangan pada malam kelmarin juga berlaku sehari selepas pemisah bersenjata dari Tentera Pembebasan Baloch yang menunggang motosikal menembak mati dua pengawal pantai dan seorang awam selain mencederak­an seorang pemilik kedai di sebuah bandar pantai terpencil di barat daya wilayah yang sama. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BERNASIB BAIK: Seorang kadet polis terlantar di atas katil hospital selepas menerima rawatan atas kecederaan yang dialami dalam serangan tersebut di Quetta, semalam.
— Gambar Reuters BERNASIB BAIK: Seorang kadet polis terlantar di atas katil hospital selepas menerima rawatan atas kecederaan yang dialami dalam serangan tersebut di Quetta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia