Utusan Borneo (Sarawak)

WANITA TERJUN BANGUNAN HANYA CEDERA RINGAN

-

KUCHING: Seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai dirasuk dan bertindak terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kedai di Bandar Baharu Batu Kawa, dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan, semalam.

Menurut saudaranya, mangsa yang berusia 26 tahun tiba-tiba berkelakua­n pelik sehingga menakutkan anak-anaknya sebelum tiba-tiba berlari ke arah tingkap dan terus melompat keluar iaitu sekitar jam 1 petang.

Bagaimanap­un, mujur mangsa terjatuh ke atas sebuah kereta jenis Mercedes yang diparkirka­n di bawah bangunan tersebut dan dia hanya dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

“Dia (mangsa) baharu tinggal bersama kami sejak dua hari lepas dan tadi(semalam) semasa saya sedang sidai pakaian, anak saya memberitah­u dia takut melihatnya (mangsa) menyebabka­n saya terus masuk ke dalam rumah.

“Apabila melihat saya, dia terus berlari ke arah tingkap menyebabka­n saya hanya sempat menarik bajunya sebelum dia terjatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta,” katanya kepada pemberita.

Orang ramai yang melihat insiden tersebut kemudian segera membantu mangsa selain turut menghubung­i pihak ambulans untuk bantuan.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan di HUS.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 ??  ?? CEDERA:Mangsa ditenangka­n oleh orang awam sementara menunggu ketibaan anggota paramedik.
CEDERA:Mangsa ditenangka­n oleh orang awam sementara menunggu ketibaan anggota paramedik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia