Utusan Borneo (Sarawak)

Enam pesakit maut kebakaran di ICU HSA

Orang ramai dinasihat agar tidak mempercaya­i sebarang maklumat yang tidak sahih

-

JOHOR BAHRU: Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada jam jam 8.56 pagi semalam.

“Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunaka­n bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit- pesakit itu tidak boleh dipindahka­n sekiranya tiada katil sekali,” katanya.

Othman berkata bagaimanap­un kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Sementara itu Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lima mayat dijumpai kira jam 11.15 pagi manakala seorang lagi sebentar kemudian.

Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunaka­n bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahka­n sekiranya tiada katil sekali. Othman Abdullah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri

Beliau turut menasihatk­an orang ramai agar tidak mempercaya­i sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.

Sementara itu seorang saksi kejadian Habibah Abd Ghani, 37, berkata dia hanya menyedarin­ya kebakaran itu sebaik keluar dari bangunan berkenaan.

“Ketika kejadian saya berada di wad tingkat empat menemani bapa saya yang ditahan dalam wad akibat sakit tulang rusuk.

“Kemudian saya mendengar riuh rendah dan kami yang berada di situ diminta oleh jururawat supaya keluar dari wad berkenaan. Keadaan adalah terkawal ketika kami turun menerusi tangga sambil dibantu oleh kakitangan hospital,” katanya kepada pemberita.

Habibah berkata dia kemudianny­a melihat ramai pesakit dan kakitangan hospital berada di sekitar kawasan hospital.

Tinjauan Bernama pada tengah hari semalam mendapati persekitar­an hospital sesak dengan kebanyakan pesakit dan kakitangan masih berada di luar bangunan hospital.

Dalam pada itu Sulaiman berkata ketika kejadian, 294 pesakit dan 193 kakitangan HSA dilapor berada di dalam bangunan sama.

Empat mangsa perempuan dan dua lelaki yang maut itu merupakan antara tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang lagi iatu pesakit lelaki berjaya diselamatk­an.

“Sementara itu daripada lapan kakitangan yang berada di wad berkenaan, tiga telah terhidu asap. Jadi kita hantar dua kakitangan berkenaan ke Hospital Sultan Ismail dan seorang lagi ditahan di sebuah wad di HSA,” kata Sulaiman.

Pesakit lain telah dipindahka­n sementara ke wad-wad di bangunan lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata pesakit yang terjejas sedang dalam proses dihantar ke hospital lain berdekatan Johor Bahru terutama Hospital Sultan Ismail.

Status dan maklumat terkini kejadian itu akan dimaklumka­n dari semasa ke semasa, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebarka­n maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? MALANG: Mayat mangsa-mangsa kebakaran yang berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama MALANG: Mayat mangsa-mangsa kebakaran yang berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia