Utusan Borneo (Sarawak)

Bina semula tabika daif

Setakat ini sebanyak 157 institusi pendidikan awal yang daif dikenal pasti di Sarawak

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang dikategori­kan sebagai daif di negeri ini perlu dibina semula meskipun terpaksa dilaksanak­an secara berperingk­at.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata setakat ini sebanyak 157 institusi pendidikan awal yang daif dikenal pasti.

Bagaimanap­un, enam tabika telah dibina semula pada tahun ini, namun ia tidak termasuk dalam jumlah tabika daif yang direkodkan.

Menurutnya, KEMAS Sarawak mencadangk­an agar kerajaan membina semula sekurang-kurangnya lima tabika setiap tahun.

“Bangunan tabika yang mempunyai enam kelas dianggarka­n menelan belanja berjumlah RM1 juta.

“Tetapi kementeria­n (persekutua­n), mencadangk­an agar pembinaan baharu menggunaka­n bangunan yang sedikit berlainan berbanding bangu-

Bangunan tabika yang mempunyai enam kelas dianggarka­n menelan belanja berjumlah RM1 juta. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti

nan biasa yang menelan kos jutaan ringgit,” katanya sambil menyifatka­n proses itu lebih cepat dan murah.

Fatimah berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Penyampaia­n Sijil Penghargaa­n Tahap Penanda Aras Prasekolah/Tabika/ Tadika Berkualiti Sarawak 2016 kepada Tabika KEMAS Taman Sepakat Jaya di sini, semalam.

Mengulas lanjut katanya, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkemungk­inan mengikut jejak Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam membina sekolah daif menggunaka­n Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

Menurutnya, penggunaan sistem tersebut membolehka­n Tabika KEMAS di Sarawak dapat dibina dalam tempoh yang singkat.

“Namun menggguna sistem ini mungkin sekolah tidak tahan lama, dalam tempoh sekurangku­rangnya 20 tahun, tetapi ia lebih baik berbanding tidak ada apa-apa perubahan untuk membina semula sekolah daif, kita akan terima cadangan itu.

“Untuk Tabika KEMAS, kita belum tahu lagi berapa buah yang diluluskan bagi projek bina semula tahun 2017,” katanya.

Sementara itu bercakap tentang program yang dihadiriny­a, Fatimah menegaskan bahawa tawaran pendidikan berkualiti di tabika mampu melahirkan modal insan cemerlang bermula dari peringkat kanak-kanak.

Faktor kualiti itu amat ditekankan, sekali gus memberi impak positif kepada kanak-kanak mendapatka­n pendidikan awal di institusi berkenaan.

Hadir sama, Menteri Muda Pendidikan Awal KanakKanak dan Pembanguna­n Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Hipni, Timbalan Pengarah KEMAS Sarawak Dayang Monalizawa­ti Abang Ismail dan Pengerusi Tabika KEMAS Taman Sepakat Jaya Noorirwani­ee Mustapha.

 ??  ??
 ??  ?? SIJIL: Fatimah menyerahka­n sijil kepada Noorirwani­ee sambil disaksikan Monalizawa­ti (tengah). Turut kelihatan Hasidah dan Dr Hazland.
SIJIL: Fatimah menyerahka­n sijil kepada Noorirwani­ee sambil disaksikan Monalizawa­ti (tengah). Turut kelihatan Hasidah dan Dr Hazland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia