Utusan Borneo (Sarawak)

Mak Cun D’Walei tampil pelakon kacak Pakistan, Nov ini

-

Pengarah Erma Fatima bakal menampilka­n pelakon kacak dari Pakistan, Saim Ali, melalui pementasan teater muzikal bertema Bollywood, Mak Cun D’Walei bulan depan.

Beliau tidak menafikan bahawa penampilan Saim yang juga model terkenal itu dalam teater Mak Cun D’Walei adalah kerana nilai komersial yang ada padanya.

“Jujur saya beritahu Saim diambil kerana dia kacak dan saya fikir dia akan menarik perhatian orang ramai untuk datang menonton,” ujar Erma pada sidang media pelancaran teater berkenaan di Istana Budaya, baru-baru ini.

Mak Cun D’Walei bakal menemui penonton di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 4 hingga 13 Nov depan.

“Saim ada pakej lengkap kerana dia bukan sahaja kacak tetapi lakonannya juga baik dan mempunyai bakat dalam tarian seperti yang saya mahukan,” tambah penulis skrip, pengarah dan juga pelakon teater Mak Cun itu.

“D’Walei dipilih kali ini kerana saya tahu penonton sukakan Bollywood dan ramai yang menonton Dilwale, jadi ini mungkin dapat menjadi tarikan untuk orang ramai menonton Mak Cun D’Walei.

“Saya janjikan penonton akan merasai seolah-olah berada di India,” kata Erma.

Erma yang juga pencetus idea teater tersebut berkata, D’Walei bermaksud berjiwa besar sesuai dengan sifat Mak Cun yang sentiasa positif dalam usaha membawa jenama produknya ke arena global.

Pementasan kali ini terdapat banyak elemen kejutan di samping aksiaksi lucu yang pastinya menghiburk­an penonton, katanya.

Selain Erma, pementasan teater ini mengekalka­n barisan pelakon yang sama seperti Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan dan turut dimeriahka­n dengan penampilan Abam Bocey, Amy Search, Fathia Latiff dan Nadia Brian serta pelakon cilik, Haidar.

Tiket berharga RM36, RM76, RM86, RM106 dan RM156 dan RM256 (tidak termasuk GST) boleh didapati dengan menghubung­i www. airasiared­tix.com melalui 25 Oktober. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? AKAN DATANG: Barisan pelakon Teater Mak Cun D’Walei, bergambar selepas sidang media yang diadakan di Istana Budaya baru-baru ini. Antara barisan pelakon yang hadir (dari kiri) Datin Seri Umie Aida, Balkish Semundur Khan, Abam Bocey, Erma Fatima, Amy...
— Gambar Bernama AKAN DATANG: Barisan pelakon Teater Mak Cun D’Walei, bergambar selepas sidang media yang diadakan di Istana Budaya baru-baru ini. Antara barisan pelakon yang hadir (dari kiri) Datin Seri Umie Aida, Balkish Semundur Khan, Abam Bocey, Erma Fatima, Amy...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia