Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa cetus amaran tsunami di Jepun

Gegaran dengan magnitud 6.9 berlaku di luar pantai berhampira­n loji Fukushima

-

TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud 6.9 melanda wilayah timur laut Jepun semalam, mencetuska­n panik dan tsunami setinggi satu meter yang menghempas pantai di sekitar loji tenaga nuklear Fukushima yang terjejas.

Badan penyiaran kebangsaan NHK menggesa penduduk segera melarikan diri ke tempat lebih tinggi dan mengingatk­an penonton agar mengambil pengajaran daripada ‘Gempa Bumi Besar Timur Jepun’.

Gempa kuat dasar laut dengan magnituf 9.0 pada Mac 2011 mencetuska­n tsunami yang menyebabka­n lebih 18,500 orang mati atau hilang, menyebabka­n kecairan tiga reaktor di loji Fukushima Daiichi dalam salah satu bencana nuklear terburuk di dunia.

Seorang pegawai pengusaha loji TEPCO memberitah­u pada sidang akhbar bahawa ombak setinggi satu meter itu telah menghempas pantai dekat loji tetapi tiada laporan kerosakan setakat ini.

Sejumlah 12 lagi ombak direkodkan di tempat lain di pantai timur laut tetapi lebih kecil daripada amaran awal tiga meter, menurut Agensi Meteorolog­i Jepun.

Ombak terbesar setinggi 1.4 meter menghempas pelabuhan di sendai, utara Fukushima, tetapi para pegawai mengesahka­n tiada laporan kerosakan di sana.

NHK menyiarkan liputan meluas gempa bumi tersebut, dengan perkataan ‘Tsunami! Lari!’ dalam huruf putih berlatar-belakang jalur merah pada skrin.

Agensi menarik balik amaran akhir tsunami hampir tujuh jam selepas gempa bumi melanda.

TEPCO terdahulu melaporkan sistem penyejukan air di sebuah rektor dalam loji berasingan Fukushima Daini terhenti seketika dalam respons automatik tetapi kemudian kembali beroperasi.

“Risiko terbesar sekarang adalah kes di mana air tercemar dihanyutka­n bersama tsunami sekali gus mencemarka­n alam sekitar,” menurut ketua pegawai pelucutan nuklear TEPCO Naohiro Masuda kepada wartawan ketika mengulas situasi di Fukushima Daiichi. Para penduduk di sepanjang pantai yang mematuhi arahan pemindahan menyebabka­n jalan raya sesak, manakala sebuah akhbar di Fukushima melaporkan kesesakan luar biasa trafik awal pagi di bandar kecil Soma.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan meluas dan hanya kecederaan kecil dilaporkan sebelum ini.

Sejumlah 14 kecederaan telah dilaporkan di seluruh wilayah, termasuk tiga wanita tua yang patah tulang akibat terjatuh atau ketika cuba melarikan diri.

Namun begitu penduduk di sepanjang pantai amat terkejut dan trauma.

“Gegaran tersebut amat kuat dan berpanjang­an,” kata Akemi Anzai dari bandar Minamisoma utara loji Fukushima.

“Siren amaran tsunami dapat didengar dari kawasan pantai. “Bumi masih bergoncang dan saya amat ketakutan, tetapi paling membimbang­kan saya adalah situasi di loji nuklear itu,” katanya lanjut.

United States Geological Survey ( USGS) berkata, gempa bumi dengan magnitud 6.9 itu berlaku pada kedalaman cetek 11.3 kilometer sejurus sebelum jam 6 pagi waktu tempatan di Pasifik luar pantai Fukushima.

Namun ia turut menggoncan­g bangunan di Tokyo, 230 kilometer ke selatan.

Perkhidmat­an kereta api peluru Shinkansen di wilayah itu ditangguhk­an sebelum beransur pulih walaupun beberapa penangguha­n tidak dapat dielakkan.

Lapangan terbang Sendai ditutup sementara sebelum penerbanga­n kembali beroperasi tidak lama kemudian.

Bot-bot nelayan berkejar ke laut untuk mengelak impak langsung tsunami, menurut akhbar Sankei Shimbun.

NHK menunjukka­n rakaman air laut mudik ke hulu sungai di daerah Miyagi tetapi tidak melepasi tebing.

“Ketakutan yang saya rasai hampir enam tahun lalu kembali lagi.

“Mungkin tiada kerosakan besar kali ini tetapi kami perlu sentiasa berjaga-jaga selama bertahun-tahun,” kata Junko Murata,

seorang lagi penduduk Minamisoma, merujuk kepada loji Fukushima.

Pada April lalu, dua gempa bumi kuat melanda daerah Kumamoto, menyebabka­n kira-kira 50 orang maut dan kerosakan meluas.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MENGGERUNK­AN: Ombak laut kelihatan mudik ke hulu Sungai Sunaoshi selepas amaran tsunami dikeluarka­n susulan gempa bumi di Tagajo, daerah Miyagi semalam dalam imej rakaman video serahan Polis Daerah Miyagi menerusi Kyodo.
— Gambar Reuters MENGGERUNK­AN: Ombak laut kelihatan mudik ke hulu Sungai Sunaoshi selepas amaran tsunami dikeluarka­n susulan gempa bumi di Tagajo, daerah Miyagi semalam dalam imej rakaman video serahan Polis Daerah Miyagi menerusi Kyodo.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia