Utusan Borneo (Sarawak)

KKLW sasar wujudkan 3,000 unit Rumah Bina Negara menjelang 2020

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KEMENTERIA­N Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) meletakkan sasaran untuk mewujudkan sebanyak 3,000 buah unit Rumah Bina Negara (Rumah BN) di bawah FELCRA Berhad di seluruh negara menjelang 2020 untuk memenuhi keperluan perumahan dalam kalangan golongan muda dari kawasan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sasaran itu adalah selaras dengan dengan peruntukan RM100 juta kepada FELCRA Berhad dalam Bajet 2017.

“Namun begitu, sasaran ini boleh berubah sekiranya peruntukan daripada kerajaan kepada FELCRA Berhad semakin bertambah.

“Setakat ini, sebanyak 509 unit rumah itu telah pun siap dibina. Manakala, 1,183 unit lagi sudah mendapat kelulusan pelaksanaa­n projek pembinaan di lapan lokasi termasuk di Sukau, Sabah.

“Manakala, bagi projek di FELCRA Sri Makmur ini, ia melibatkan kawasan seluas 16.46 ekar yang menempatka­n 140 unit rumah setingkat,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n projek Rumah BN FELCRA Sri Makmur Skim Penyusunan Semula Kampung di FELCRA Sri Makmur, Pekan, Pahang.

Turut hadir Pengerusi FELCRA Berhad Dato’ Sri Bung Moktar Radin.

Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob lagi, generasi kedua luar bandar telah banyak menjana ekonomi menerusi aktiviti perladanga­n dan pertanian, namun beberapa faktor seperti kenaikan harga rumah menyebabka­n ada dalam kalangan mereka tidak mampu memiliki kediaman sendiri dan masih tinggal dengan keluarga walaupun sudah berumah tangga.

“Berdasarka­n maklumat yang diperoleh, kira- kira 20.5 peratus belia luar bandar yang telah berkeluarg­a masih lagi menginap bersama keluarga dan tidak memiliki rumah.

“Melalui program Rumah BN, KKLW menawarkan seunit rumah dengan harga belian RM75,000 seunit atau dengan ansuran bulanan tidak melebihi RM500 selama setahun,” jelasnya.

Rumah BN yang dibina adalah program perumahan moden dengan keluasan 700 kaki persegi di atas tapak seluas 5,000 kaki persegi dengan tiga buah bilik dan dua buah bilik air.

Ia turut dilengkapi dengan bekalan elektrik termasuk lampu dan kipas serta bekalan air. Ini bermakna pembeli hanya perlu membayar lebih kurang RM15 bagi satu kaki persegi untuk mendapatka­n sebuah rumah dan tanah.

Antara syarat- syarat permohonan bagi pemilikan Rumah BN termasukla­h warganegar­a Malaysia, komuniti desa dengan keutamaan kepada generasi kedua FELCRA yang berusia 18 sehingga 45 tahun, sudah berkahwin, tidak memiliki rumah sendiri dan merupakan pembelian rumah pertama. Pemohon juga haruslah berpendapa­tan bulanan di bawah RM4,000 sebulan.

Bagi golongan muda yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji, hanya perlu mendapatka­n pengesahan mengenai pendapatan mereka daripada ketua kampung atau ‘tok empat.’

Jelas Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pihaknya dan FELCRA Berhad akan menjalin kerjasama dengan bank-bank tempatan bagi memudahkan cara pemberian pembiayaan perumahan Rumah BN kepada golongan muda yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji.

KKLW dan FELCRA Bhd akan menjalin kerjasama dengan bank-bank tempatan bagi memudahkan cara pemberian pembiayaan perumahan Rumah BN kepada golongan muda yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melawat tapak projek Rumah Bina Negara FELCRA Sri Makmur Skim Penyusunan Semula Kampung di FELCRA Sri Makmur, Pekan, Pahang diiringi Pengerusi FELCRA Berhad Dato’ Sri Bung Moktar...
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melawat tapak projek Rumah Bina Negara FELCRA Sri Makmur Skim Penyusunan Semula Kampung di FELCRA Sri Makmur, Pekan, Pahang diiringi Pengerusi FELCRA Berhad Dato’ Sri Bung Moktar...
 ??  ?? Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Bina Negara Sri Makmur Skim Penyusunan Semula Kampung di FELCRA Sri Makmur, Pekan, Pahang pada 20 November 2016.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Bina Negara Sri Makmur Skim Penyusunan Semula Kampung di FELCRA Sri Makmur, Pekan, Pahang pada 20 November 2016.
 ??  ?? Rumah BN dibina dengan keluasan 700 kaki persegi di atas tapak seluas 5,000 kaki persegi dengan tiga buah bilik dan dua buah bilik air.
Rumah BN dibina dengan keluasan 700 kaki persegi di atas tapak seluas 5,000 kaki persegi dengan tiga buah bilik dan dua buah bilik air.
 ??  ?? (Dari tiga kanan) Dato’ Sri Bung Moktar Radin dan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melihat ruang tapak Rumah BN yang sudah siap dibina pada Majlis Pelancaran Rumah BN FELCRA Sri Makmur.
(Dari tiga kanan) Dato’ Sri Bung Moktar Radin dan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melihat ruang tapak Rumah BN yang sudah siap dibina pada Majlis Pelancaran Rumah BN FELCRA Sri Makmur.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia