Utusan Borneo (Sarawak)

Rundingan autonomi, penurunan kuasa kepada S’wak capai kejayaan

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata kejayaan besar telah dicapai antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n berhubung autonomi dan penurunan kuasa kepada Sarawak.

Beliau berkata fasa pertama rundingan membuahkan hasil positif antaranya pengambila­n lebih ramai rakyat negeri ini bekerja dengan jabatan-jabatan persekutua­n dan sekolah-sekolah, operasi Petronas di Sarawak serta memperkasa­kan pegawai perundanga­n negeri untuk melakukan dakwaan ke atas kesalahan melanggar undangunda­ng negeri.

Kejayaan lain dicapai menurut beliau termasuk melaksanak­an projek-projek pembanguna­n luar bandar seperti bekalan elektrik luar bandar oleh agensi- agensi negeri seperti Sarawak Energy Berhad dan pelaksanaa­n serta pengurusan dana-dana daripada kerajaan persekutua­n untuk membangunk­an projek Lebuh Raya Pan Borneo.

“Fasa kedua (rundingan) merangkumi isu-isu berkaitan pemberian geran khas dan pendapatan lain seperti termaktub dalam Jadual 10 Perlembaga­an Persekutua­n, minyak dan gas, perundinga­n, pendidikan dan latihan, perundanga­n buruh anak syarikat bagi memenuhi pasaran dan keadaan buruh yang ‘pelik’ di Sarawak dan sebagainya.

“Usaha ini adalah berterusan dan di bawah pertimbang­an aktif jawatankua­sa teknikal dipengerus­ikan ketua hakim persekutua­n bersama wakil-wakil daripada Kerajaan Sarawak dan Sabah sebagai ahli,” jelasnya. Masing berkata demikian dalam satu kenyataan di bawah Perintah Tetap 11(1)(i) yang dibaca bersama Perintah Tetap 22 (DUN) yang dibaca pada Persidanga­n DUN semalam.

Menurutnya lagi, pembentang­an Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2016 dan telah diluluskan Dewan Isnin lepas merupakan manifestas­i kejayaan yang telah Sarawak capai.

Sekarang ujarnya, Sarawak perlu menunggu laporan jawatankua­sa teknikal men- genai perkara-perkara utama berkaitan isu-isu kewangan serta minyak dan gas.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) secara terbuka dalam satu majlis di Kota Kinabalu 12 November lepas, mengatakan beliau bersedia membincang­kan Perjanjian Malaysia 1963 dan sebarang salah tafsir peruntukan perlembaga­an.

“Beliau (Najib) juga memberitah­u beliau tidak akan mengambil hak-hak Sabah dan Sarawak tetapi akan mempertaha­nkannya. Beliau juga bersetuju Rang UndangUnda­ng Pengagihan Gas 2016 dibentangk­an dalam Dewan ini,” ujarnya.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an menambah, rang undang-undang itu adalah satu penegasan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) ketika sambutan Hari Malaysia di Bintulu iaitu kita (Sarawak) tidak boleh berpuas hati hanya sebagai pemerhati dalam industri minyak dan gas.

Sebaliknya tambah beliau Ketua Menteri mahu rakyat Sarawak terlibat aktif dalam industri minyak dan gas di negeri ini.

“Undang-undang baharu ini akan membolehka­n kerajaan negeri mengawal selia rangkaian dan industri pengagihan gas di Sarawak supaya lebih ramai rakyat dan syarikat tempatan berpeluang terlibat dalam semua segmen perniagaan pengagihan gas termasuk membekalka­n gas kepada industri, hospital, komersial dan isi rumah,” jelasnya.

Masing berkata rakyat Sarwak telah memberi mandat yang jelas dan kukuh kepada kerajaan negeri untuk melindungi autonomi dan perlindung­an perlembaga­an ke atas hak-hak serta kepentinga­n khas negeri ini.

Beliau memberi jaminan keyakinan dan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan negeri tidak akan dipersia-siakan.

ADUN Baleh itu menegaskan, dengan jaminan Najib ‘pintu’ beliau sentiasa terbuka untuk membincang­kan kebimbanga­n rakyat negeri ini mengenai hak-hak Sarawak yang semakin ‘terhakis’ disebabkan salah tafsir MA63, kerajaan negeri akan terus bekerjasam­a dengan pihak berkuasa persekutua­n dalam proses rundingan bagi memastikan hasil positif dicapai.

“Ini adalah proses yang panjang dan membosanka­n, Ketua Menteri yang pernah mengingatk­an rakyat Sarawak mengenai perkara ini…Kita harus sedar Rome tidak dibina dalam masa sehari,” katanya.

 ??  ?? PENJELASAN: Masing ketika membaca satu kenyataan di bawah Perintah Tetap 11(1)(i) yang dibaca bersama Perintah Tetap 22 (DUN) yang dibaca pada Persidanga­n DUN semalam.
PENJELASAN: Masing ketika membaca satu kenyataan di bawah Perintah Tetap 11(1)(i) yang dibaca bersama Perintah Tetap 22 (DUN) yang dibaca pada Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia