Utusan Borneo (Sarawak)

Usul kembali status S’wak tidak berkaitan dengan rundingan penurunan kuasa: Baru

-

KUCHING: Usul mengembali­kan status Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam persekutua­n Malaysia tidak ada kena mengena dengan rundingan penurunan kuasa dengan kerajaan persekutua­n, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian.

“Usul yang saya kemukakan tidak ada kena mengena dengan rundingan penurunan kuasa malah begitu jelas untuk mengembali­kan status Sarawak sebelum pindaan ( Fasal 1( 2) Perlembaga­an Persekutua­n) pada 1976,” katanya pada sidang media di Kompleks DUN di sini, semalam.

Hadir sama See Chee How ( PKR- Batu Lintang), Ali Biju ( PKR- Krian), Violet Yong ( DAP- Pending), Wong King Wei ( DAPPadunga­n), Irene Chang Oi Ling ( DAP- Bukit Assek), David Wong Kee Woan ( DAP- Pelawan) dan Dr Ting Tiong Choon.

Usul-usul yang dikemukaka­n oleh Baru, See dan Chong Chieng Jen (DAP- Kota Sentosa) masing-masing ditolak oleh Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Asfia berkata, ia ditolak apabila didapati In Pari Materia dengan usul diluluskan pada Persidanga­n DUN tahun lepas iaitu memberi mandat kepada kerajaan negeri berunding dengan kerajaan persekutua­n dalam pengembali­an kuasa kepada negeri ini.

“Tiga usul itu tidak akan diteruskan kerana (tindakan) membenarka­n usul untuk diteruskan akan melanggar Peraturan Mesyuarat 22 yang tidak membenarka­n sebarang perdebatan mengenai perkara-perkara yang dijelaskan tersebut,” kata Asfia.

Baru ( PKR- Ba’Kelalan) berkata, pindaan semula perlu dibuat memandangk­an pindaan pada 1976 tidak mempunyai kebenaran daripada kerajaan negeri atau DUN.

Beliau turut mempersoal­kan jika kerajaan negeri merasakan pindaan pada tahun itu adalah sah atau sebaliknya.

“Jika merasakan ia tidak sah, maka ini merupakan peluang yang dilepaskan begitu sahaja apabila usul ini tidak diluluskan,” katanya.

 ??  ?? WAKIL PEMBANGKAN­G: Baru (duduk tengah), bersama (duduk, dari kiri) Dr Ting, See, David, Chang dan (berdiri, dari kiri) Yong, Ali dan Wong pada sidang media semalam.
WAKIL PEMBANGKAN­G: Baru (duduk tengah), bersama (duduk, dari kiri) Dr Ting, See, David, Chang dan (berdiri, dari kiri) Yong, Ali dan Wong pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia