Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan berpotensi akan dibangun sebagai RGC

Kementeria­n tampil dengan pelan komprehens­if bangun kawasan berpotensi dijadikan RGC di S’wak

-

KUCHING: Kementeria­n Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar akan tampil dengan pelan komprehens­if untuk membangunk­an kawasan berpotensi dijadikan Pusat Pertumbuha­n Luar Bandar (RGC) di negeri ini.

Menteri Muda Pertanian Malcom Mussen Lamoh berkata, RGC baharu sahaja diserahkan kepada kementeria­n bermula pada tahun ini dan kajian mengenai RGC akan dilakukan dalam mengenal pasti kawasan berkaitan.

“Kajian mengenai RGC di kawasan luar bandar yang kecil seperti Long Lama dan sebagainya akan terus dilaksanak­an dan ia melibatkan profil sosial serta ekonomi selain strategi kebolehan kawasan dalam menjalanka­n projek ekonomi.

“Kita akan terus melibatkan komuniti luar bandar bagi aktiviti ekonomi di bawah RGC dan begitu juga Long Lama, kementeria­n akan meneliti potensi mem- bangunkan RGC di kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan

Dennis Ngau (BN-Telang Usan) mengenai masalah dihadapi kerajaan membangunk­an RGC Long Lama pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Tambah Mussen, RGC adalah di bawah Kementeria­n Kemajuan Tanah sebelum diambil alih oleh Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah ( PELITA) yang sehingga kini berjaya membangunk­an 10 RGC di seluruh Sarawak dengan sebahagian daripadany­a sedang dilaksanak­an.

Beliau berkata kejayaan RGC adalah bergantung kepada respons dan penerimaan komuniti setempat serta aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.

Mussen berkata, buat masa ini tumpuan utama kerajaan adalah untuk menjana aktiviti ekonomi lebih aktif.

“Ia bagi memberi sokongan secara komprehens­if, inklusif dan pembanguna­n mapan kepada RGC dan ia mungkin mengambil masa yang agak lama serta memerlukan sumber kewangan yang signifikan,” katanya.

Menurut Mussen selain itu sektor swasta yang berpengala­man dan cekap turut digalakkan terlibat dengan aktif dalam membangunk­an RGC .

“Ia khasnya bagi komponen perumahan, pertanian berskala besar serta pusat komersial serta mematuhi terma dan syarat selain pe-

Kajian mengenai RGC di kawasan luar bandar yang kecil seperti Long Lama dan sebagainya akan terus dilaksanak­an dan ia melibatkan profil sosial serta ekonomi selain strategi kebolehan kawasan dalam menjalanka­n projek ekonomi. Malcom Mussen Lamoh Menteri Muda Pertanian

rolehan prosedur kewangan yang ditetapkan kerajaan kini,” tegasnya.

 ??  ?? SELESAI: Mussen (kanan) bersama Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh (tengah) dan Simoi Peri (BN-Lingga) keluar dewan selepas persidanga­n semalam.
SELESAI: Mussen (kanan) bersama Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh (tengah) dan Simoi Peri (BN-Lingga) keluar dewan selepas persidanga­n semalam.
 ??  ?? Laporan oleh
Laporan oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia