Utusan Borneo (Sarawak)

RM2.2j selenggara jalan Ladang Nai di Pulau Bruit

-

KUCHING: Sejumlah RM2.2 juta diperuntuk­kan bagi kerjakerja penyelengg­araan rutin jalan Ladang Nai di Pulau Bruit untuk tahun 2016.

Menteri Muda Pengangkut­an Darat dan Udara dan Keselamata­n Datuk Lee Kim Shin berkata, jalan berkenaan telah didaftarka­n sebagai Jalan Sungai Nai/Penyuai di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS).

“Jalan Ladang Sungai Nai sepanjang 11.2km telah didaftarka­n sebagai Jalan Sungai Nai/Penyuai di bawah MARRIS.

“Bagi tahun 2016, sejumlah RM2.2 juta telah diperun- tukkan untuk kerja- kerja penyelengg­aran rutin jalan tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Abdullah Saidol (BN-Semop) pada Persidanga­n DUN semalam.

Lee berkata setakat ini kerja penyelengg­aran dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Mukah dan diserahkan kepada syarikat konsensi penyelengg­aran jalan pada 2017.

Beliau berkata sebelum ini iaitu pada 2015 MARRIS telah memperuntu­kkan RM6.9 juta bagi tujuan penyelengg­aran jalan di kawasan Semop itu, sementara pada 2014 sejumlah RM1.15 juta dan RM2.9 juta (2013).

Mengenai syarat dikenakan MARRIS untuk penyelengg­araan, katanya ia mana-mana jalan awam, jalan itu lebarnya tidak kurang daripada 2.44 meter serta pendaftara­n dibuat secara atas talian oleh pihak berkuasa jalan.

“Bagi prosedur permohonan dana projek di bawah MARRIS adalah pertamanya mengenal pasti jalan yang dalam keadaan daif dan memerlukan pembaikan.

“Selain itu, mengenal pasti skop serta anggaran kos dan mengemukak­an senarai permohonan kepada setiausaha kewangan negeri untuk kelulusan,” tegasnya.

 ??  ?? BERAKSI: Lee (kanan) bersama Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah (tengah) dan Ding Kuong Hiing (BN-Meradong) bergambar sebelum bermulanya Persidanga­n DUN semalam.
BERAKSI: Lee (kanan) bersama Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah (tengah) dan Ding Kuong Hiing (BN-Meradong) bergambar sebelum bermulanya Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia