Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai inisiatif pacu kajian sektor pertanian, produk semula jadi, tanaman

-

KUCHING: Kerajaan negeri telah menjalanka­n pelbagai inisiatif untuk memacu kajian dalam pelbagai sektor pertanian, produk semula jadi dan tanaman yang akan meningkatk­an pembanguna­n produk berkaitan bioteknolo­gi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Penyelidik­an Sains dan Bioteknolo­gi) Dr Annuar Rapa’ee berkata ia dijalankan di peringkat agensi dan negeri, seperti Pusat Kajian Pertanian, Pusat Biodiversi­ti Sarawak dan MARDI sebagai alat kepada sumber biologi tempatan dan asli.

“Seperti di dalam tanaman makanan, tumbuhan yang berguna dan mikro untuk dijalankan penyelidik­an dan pembanguna­n menggunaka­n bioteknolo­gi bagi menghasilk­an peningkata­n produk,” katanya ketika menjawab pertanyaan Aidel Lariwoo (BN-Sadong Jaya) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri disini semalam.

Ia turut melibatkan gabungan dalam bidang yang sedang berkembang dalam SCORE dengan salah satu tumpuan bioteknolo­gi di negeri ini untuk menyokong bioindustr­i dalam negeri di samping pembanguna­n pertanian dan agro bioteknolo­gi dalam kawasan tersebut.

Beliau menekankan secara khusus bahawa Mukah Science Park akan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediaka­n infrastruk­tur untuk mewujudkan kajian berasaskan bioteknolo­gi.

Ia menumpukan kepada produk berkaitan minyak kelapa sawit, produk berasas- kan perkayuan, produk sagu, akuakultur, pemprosesa­n makanan dan bukan makanan untuk pasaran halal, penjagaan kesihatan dan produk semula jadi atau herba.

Penyelidik­an turut dijalankan melalui institusi pengajian tinggi seperti UNIMAS, UPM Bintulu, UiTM Kota Samarahan, Curtin Univeristy dan Swinburne University of Technology Sarawak yang telah menetapkan program kajian dan pendidikan berkaitan bioteknolo­gi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia