Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan terus kekalkan skim flat sewa

Wujud permintaan tinggi khususnya daripada golongan berpendapa­tan rendah

-

KUCHING: Kerajaan negeri terus mengekalka­n skim flat sewa yang sedia ada apabila ia masih mendapat permintaan tinggi khususnya daripada golongan berpendapa­tan rendah.

Menurut Menteri Muda Urbanisasi Datuk Talib Zulpilip, skim itu menjadi pilihan atas faktor kos sewaan yang rendah iaitu RM150 sebulan selain lokasi flat- flat sewa berdekatan dengan sekolah dan tempat kerja.

“Untuk flat sewa, setakat ini kerajaan negeri masih mengekalka­n status flat sewa yang sedia ada sebagai rumah transit untuk disewa.

“Ini memandangk­an masih terdapat banyak permintaan daripada golongan berpendapa­tan rendah di mana mereka masih belum mampu membeli rumah dan sukar mendapatka­n pinjaman untuk membeli rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Fazzrudin Abdul Rahman ( BN- Tupong) pada Per- sidangan DUN di sini, semalam.

Fazzrudin bertanya jika kerajaan bercadang untuk menukar polisi berkaitan flat sewa kepada sewa beli agar dapat membantu menyelesai­kan masalah pemilikan rumah bagi golongan berpendapa­tan rendah.

Talib berkata, pihak HDC telah membuat tawaran untuk membeli unit kepada penyewa tersebut apabila tamat tempoh penyewaan mereka.

“Bagaimanap­un, kebanyakan daripada penyewa menolak tawaran tersebut disebabkan sukar untuk mendapat pinjaman dan ada antara mereka lebih berminat untuk membeli rumah atas tanah daripada rumah flat,” katanya.

Katanya bagaimanap­un HDC juga mempunyai flat khusus untuk dijual di enam lokasi.

Ia merangkumi Taman Sri Makmur, Matang Batu Enam iaitu lima unit, Taman Sri Harmoni, Matang Batu Lapan (15 unit), Taman Sri Jaya dan Matang Batu Sembilan (sembilan unit).

Lokasi lain termasuk Taman Malihah II (76 unit), Taman Sri Cahaya, Tondong (10 unit) dan Taman Sri Muhibbah, Batu 13 (satu unit).

Untuk flat sewa, setakat ini kerajaan negeri masih mengekalka­n status flat sewa yang sedia ada sebagai rumah transit untuk disewa. Datuk Talib Zulpilip Menteri Muda Urbanisasi

 ??  ?? Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Sandy Mark Luna, Henrietta Liza TALIB
Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Sandy Mark Luna, Henrietta Liza TALIB
 ??  ?? Laporan oleh
Laporan oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia