Utusan Borneo (Sarawak)

Adat masyarakat peribumi tidak relevan perlu dipinda

-

KUCHING: Adat masyarakat peribumi yang tidak relevan atau tidak sesuai dengan peredaran masa serta gaya hidup masa perlu dipinda atau dimansuhka­n.

Menteri Muda UndangUnda­ng dan Adat Bumiputera Datuk John Sikie Tayai berkata, beberapa siri bengkel dan seminar dianjurkan khas untuk mengenal pasti seksyen-seksyen yang tidak lagi relevan.

“Majlis Adat Istiadat Sarawak melalui bengkel dan seminar dianjurkan khas untuk ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kaum dan pen- gamal-pengamal adat sedang mengumpul maklum balas berbentuk pandangan dan cadangan tentang seksyen-seksyen yang perlu dipinda supaya sesuai dengan cara hidup masa kini atau dimansuh kerana tidak relevan.

“Setelah dikompil, cadangan berkenaan akan dikemukaka­n kepada kerajaan untuk pindaan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Wilson Nyabong Ijang (BN-Pelagus) pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Sikie berkata, sebanyak 26 seksyen dicadang untuk dipinda dan ia telah dikemukaka­n kepada kerajaan.

Menurut beliau, cadangan untuk meminda 26 seksyen Adat Iban 1993 telah dikemukaka­n pada 2014 iaitu dua tahun lepas.

“Ia belum lagi dipertimba­ngkan dan masih dikategori sebagai dokumen rahsia,” katanya.

Beliau turut memaklumka­n bahawa tujuh Undang-Undang Adat atau Native Customary Laws telah dikodifika­sikan ( codified) untuk kegunaan dalam Mahkamah Bumiputera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia