Utusan Borneo (Sarawak)

Barah paru-paru ketiga paling biasa berlaku

Ketiga paling biasa berlaku di Sarawak, peringkat kebangsaan selepas barah payudara, barah kolorektra­l

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Barah paruparu merupakan barah ketiga paling biasa berlaku di Sarawak dan di peringkat kebangsaa selepas barah payudara dan barah kolorektra­l.

Menurut Perunding Onkologi Perubatan Dr Winnie Ling, tahun lalu Hospital Umum Sarawak (HUS) merawat 189 kes barah paru-paru.

“Ini diterjemah kepada 15 kes baharu barah paru-paru di Unit Radioterap­i (RTU) HUS setiap bulan dan kira-kira empat kes setiap minggu,” katanya pada Forum Barah Paru-Paru Sarawak- Kenali Musuh Anda: Perangi Barah Paru-Paru’ di sini baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa tiga faktor risiko utama meningkatk­an kemungkina­n mendapat barah paru-paru ialah merokok sama ada rokok atau rokok elektronik yang mengandung­i banyak penyebab kanser iaitu bahan kimia seperti folmaldehi­d, toluene, asetaldehi­d dan acrolein.

Semasa forum itu, Dr Ling bersama seorang lagi Perunding Onkologi Perubatan HUS Dr Voon Pei Jye menafikan mitos mengenai barah paruparu seperti salah tanggapan mengatakan bukan perokok tidak berisiko diserang penyakit itu.

Menjelas lanjut mengenai perkara itu Dr Voon berkata walaupun merokok boleh menjadi faktor nombor satu risiko diserang kanser paruparu, ia tidak bermakna bukan perokok selamat daripada penyakit itu.

“Saya boleh katakan jika seseorang itu disahkan menghidap kanser paru-paru, 85 peratus daripada mereka adalah perokok.

“Namun tidak bermakna jika anda tidak merokok anda tidak akan mendapat penyakit ini. Maknanya peluang mendapat penyakit ini jauh lebih rendah berbanding perokok,” jelasnya.

Mengenai mitos tiada ubat untuk merawat penyakit tersebut, Dr Voon berkata pesakit barah paru-paru tidak boleh mengatakan maut menanti mereka.

“Apabila anda disah menghidap barah ini, anda perlu beralih tumpuan kerana ia bukan hukuman mati sertamerta. Terdapat rawatan tetapi ini juga bergantung kepada peringkat penyakit ini.

“Sebagai doktor, sebab kami merawat pesakit didiagnos barah paru-paru ialah untuk membasmi sel- sel kanser di dalam badan mereka bagi tujuan penyembuha­n dan memanjangk­an jangka hayat mereka,” jelasnya.

Mengenai saringan untuk mengesan kanser paru-paru dan seperti barah lain, katanya ia boleh diubati pada peringkat praklinika­l.

“Menerusi saringan, ini bermakna anda boleh mengesanny­a lebih awal sebelum ia menjadi gejala penyakit dan cara rawatan. Oleh itu, anda boleh menjalani rawatan yang mungkin dapat diubati,” katanya.

Beliau berkata kaedah yang baik untuk melakukan saringan kanser paru-paru ialah melalui x-ray paru-paru tetapi menerusi imbasan CT dos rendah terbukti men- gurangkan kematian sebanyak 20 peratus jika dikesan awal.

“Bagaimanap­un imbasan CT dos rendah tidak untuk semua orang. Saringan ini lebih sesuai untuk perokok tegar, yang telah merokok selama 30 tahun pek atau lebih dan berusia antara 55 hingga 80 tahun,” jelasnya.

Dr Ling menambah, seorang perokok yang merokok 30 tahun bermakna dia telah menghisap satu pek, 20 batang rokok sejak 30 tahun lalu.

“Sebagai contoh, jika anda merokok dua pek rokok setiap hari selama 15 tahun, ia juga sama dengan 30 tahun pek,” jelasnya.

Beliau juga menyatakan bahawa saringan imbasan CT dos rendah pada masa ini hanya terdapat di hospital swasta (di Sarawak).

Forum tersebut merupakan anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Cawangan Sarawak, HUS dan Persatuan Perubatan Malaysia Cawangan Sarawak.

Ini diterjemah kepada 15 kes baharu barah paru-paru di Unit Radioterap­i (RTU) HUS setiap bulan dan kira-kira empat kes

minggu. ” setiap Dr Winnie Ling Menurut Perunding Onkologi Perubatan HUS

 ??  ?? PAKAR: Dr Voon (kiri) bercakap semasa forum sambil disaksikan Dr Ling (tengah) dan penceramah lain.
PAKAR: Dr Voon (kiri) bercakap semasa forum sambil disaksikan Dr Ling (tengah) dan penceramah lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia