Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Veteran Tentera M’sia S’wak tolak kemasukan PAHLAWAN ke S’wak

-

KUCHING: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Sarawak (PVTMS) menolak kemasukan pertubuhan Perihatin Bekas Anggota Keselamata­n Malaysia (PAHLAWAN) ke negeri ini.

Pendirian tegas itu dinyatakan Presidenny­a Thomas Ling Kui Eng dengan menyifatka­n PAHLAWAN adalah bukan organisasi untuk menjalanka­n aktiviti veteran yang berdaftar di bawah Akta Veteran 2012.

“Kami percaya persatuanp­ersatuan veteran Sarawak sudah melaksanak­an tanggungja­wab yang sepatutnya dalam menjaga dan memperjuan­gkan nasib ahli mahupun veteran Angkatan Tentera Malaysia amnya.

“Kita tidak perlu PAHLAWAN dari Semenanjun­g yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 sebagai organisasi untuk mewakili kita,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia Abdul Rahman Sapawi, Setiausaha Agung Persatuan Veteran Sarawak Rangers Kapten ( B) Mohd Johari Ibrahim, Naib Presiden Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer Leftenan Kolonel (B) Fabian Wong dan ahli daripada persatuan- persatuan terbabit.

Sehubungan itu, beliau menasihati semua warga veteran di Sarawak agar tidak mudah terpedaya atau hadir ke mana-mana majlis serta taklimat oleh PAHLAWAN.

“Jangan membiarkan diri dipergunak­an oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab untuk mencapai sesuatu kepentinga­n dengan agendaagen­da mereka sendiri,” katanya.

Difahamkan, PAHLAWAN telah mengadakan tuntutan lima perkara (T5P) di seluruh Malaysia iaitu menuntut kenaikan pencen pesara veteran selaras dengan kenaikan gaji semasa dan menuntut kerajaan memberi imbuhan RM6,000 setahun kepada veteran yang tidak berpencen.

Selain itu ialah hak mewariskan pencen veteran pesara kepada waris terdekat selepas kematian pesara terutama isteri yang dinikahi selepas tamat perkhidmat­an manakala kelayakan pencen terbitan harus untuk sepanjang hayat.

Organisasi itu turut menuntut penyeragam­an pencen, pencen hilang upaya dan exgratia untuk semua veteran tentera hilang upaya, perang tanpa mengira tahun akhir perkhidmat­an.

Malah, ia juga menuntut kerajaan menyediaka­n sebidang tanah atau rumah mampu milik/rumah kos rendah kepada veteran tentera selepas persaraan.

PAHLAWAN juga telah mengadakan jerayawara dan taklimat mengenai T5P di seluruh negara termasuk di Bau, Betong, Sibu dan Lundu.

 ??  ?? KENANGAN: Thomas (duduk, tengah), Abdul Rahman (dua kanan), Mohd Johari (tiga kanan) dan Fabian (dua kiri) bersama ahli persatuan veteran Sarawak bergambar bersama selepas sidang media di Kuching, semalam.
KENANGAN: Thomas (duduk, tengah), Abdul Rahman (dua kanan), Mohd Johari (tiga kanan) dan Fabian (dua kiri) bersama ahli persatuan veteran Sarawak bergambar bersama selepas sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia