Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama dalam operasi cari warga Australia sesat mendapat pujian

-

MARUDI: Kerjasama erat antara masyarakat dan polis serta agensi kerajaan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa warga Australia sesat di Taman Negara Gunung Mulu bulan lalu mendapat pujian dan sanjungan kerajaan negara itu yang disampaika­n oleh Pesuruhjay­a Tinggi Australia ke Malaysia dan Konsulat Australia di Kuching Datuk Dr Philip Ting.

Dr Ting memuji usaha dan keprihatin­an pasukan penguat kuasa dalam operasi diketuai pasukan polis daerah Marudi serta masyarakat setempat yang membantu jabatan-jabatan terbabit menggerakk­an operasi itu sehingga mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah (KPD) Baram DSP Gabriel Risut berkata ini merupakan pentas terbaik untuk kita tunjukan kepada negara luar bahawa masyarakat Malaysia adalah prihatin dan sentiasa mengamalka­n nilai-nilai murni dan usaha kita berjaya menarik perhatian mereka dan menerima pujian negara luar.

“Masyarakat tempatan daripada suku kaum Penan dari Long Iman, Batu Bungan dan Kampung Mulu dan masyarakat Bidayuh Kampung Bengoh, Pedawan, Kuching secara sukarela membantu operasi tersebut.

“Kejayaan itu perlu kita pamerkan dan diteruskan di antara masyarakat dengan polis serta agensi-agensi kerajaan yang lain,” katanya pada Majlis Penghargaa­n Jasamu Dikenang anjuran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Marudi di sini malam kelmarin.

KPD Marudi itu berkata walaupun daerah Marudi terbesar di Sarawak dan menghadapi cabaran dari segi jarak jauh dan bentuk muka bumi mencabar namun usaha pencegahan jenayah melibatkan pelbagai cawangan berjaya menurunkan indeks jenayah di Baram.

Katanya, dalam tempoh 1 Januari hingga November tahun lalu sebanyak 93 kes dilaporkan dan tempoh sama pada tahun ini, sebanyak 66 kes dilaporkan menyaksika­n penurunan 29 kes.

Gabriel turut menyampaik­an penghargaa­n beliau dan pasukan polis kepada masyarakat di Marudi yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu tanpa mengira masa termasuk dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau turut mengingatk­an orang ramai yang menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali meminta mereka memasukkan wang ke dalam akaun bank tertentu kononnya memenangi acara tertentu atau ingin mengadakan majlis di kedai–kedai makan mengabaika­n panggilan tersebut.

Katanya mereka yang menerima panggilan telefon seperti ini harus tampil ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan.

Pada majlis tersebut, Gabriel turut menyampaik­an sijil penghargaa­n daripada Ketua Polis Negara kepada Kumpulan BARAM 4 dalam Konvensyen KIK PDRM 2016, pihak media dan orang awam.

Beliau turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Sub-Inspektor Ramli Salleh yang akan berpindah IPD Limbang, Rohaiza ( IPD Saratok) dan Eleanor Kobit (IPD Pedawan).

 ??  ?? PUJIAN: ASP Mike Ibrahim mewakili pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Mulu menerima sijil kepujian daripada Gabriel (tengah) sambil disaksikan ASP Jaimi Hussein (kanan) pada majlis itu.
PUJIAN: ASP Mike Ibrahim mewakili pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Mulu menerima sijil kepujian daripada Gabriel (tengah) sambil disaksikan ASP Jaimi Hussein (kanan) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia