Utusan Borneo (Sarawak)

Hidung perlu perhatian, pemeriksaa­n untuk mengenal pasti serangan kanser

-

MIRI: Jika dibandingk­an dengan anggota tubuh yang lain, hidung merupakan organ yang kurang diberi perhatian.

Pakar bedah Jabatan Otolaringo­logi (ORL) atau lebih dikenali telinga, hidung dan kerongkong (ENT) Hospital Miri Dr Rohaizam Japar @ Jaafar berkata hidung turut memerlukan perhatian dan pemeriksaa­n.

“Sekiranya anda mengalami hidung tersumbat, hidung atau air liur berdarah atau bonjolan pada leher masalah ini mungkin petanda sesuatu yang bahaya dan perlukan perhatian,” katanya pada sidang media di Unit ENT, Hospital Miri semalam.

Sehubungan itu, Klinik Otolaringo­logi Hospital Miri mengadakan Hari Terbuka ‘Bahaya Kanser Nasofarink­s’ atau NPC pada 3 Disember depan di Klinik Pakar 5, mulai jam 7.30 pagi hingga 4 petang.

“Objektifny­a bagi meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n orang awam tentang tanda dan rawatan kanser nasofarink­s.

“Selain itu, membuat saringan kanser nasofarink­s atau endoskopi hidung untuk peserta berisiko tinggi,” katanya.

Dr Rohaizam berkata, pesakit menjalani rawatan dan disahkan Nasopharyn­geal Cancer atau NPC merupakan pesakit di tahap 3 dan 4 bermaksud peluang sembuh hanya 50 peratus.

Manakala pesakit NPC di tahap 1 atau 2 peratusan untuk sembuh ialah lebih 80 peratus.

Turut diadakan ceramah kesihatan, tayangan video, perbincang­an dan soal jawab mengenai simptom dan tanda NPC, pengurusan NPC dan mitos kanser.

Keterangan lanjut sila hubungi Dr Daniel atau Kamil di talian 085-460032.

 ??  ?? MAKLUMAT: Dr Rohaizam (tengah) bersama Dr Vincent Ngu dan Pembantu Pegawai Perubatan Ahmad Kamil Jaapar pada sidang media semalam.
MAKLUMAT: Dr Rohaizam (tengah) bersama Dr Vincent Ngu dan Pembantu Pegawai Perubatan Ahmad Kamil Jaapar pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia