Utusan Borneo (Sarawak)

Tenaga kerja industri maritim, perkapalan laris

Permintaan masih tinggi meskipun industri ketika ini berdepan keadaan ekonomi tidak menentu

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Permintaan terhadap tenaga kerja dalam industri maritim dan perkapalan masih tinggi meskipun pemain-pemain industri itu ketika ini berdepan keadaan ekonomi tidak menentu serta kejatuhan nilai ringgit.

Pengarah Urusan Akademi Maritim Pelita Maslaut Masni Amit berkata meskipun keadaan itu berlaku namun terdapat pemain- pemain industri sektor perkapalan masih mahu menggaji tenaga kerja tempatan.

“Akademi kami membekalka­n tenaga kerja berdaya saing untuk diserapkan dalam industri perkapalan malah hampir setiap tahun pemain-pemain industri terbabit memohon pelajar-pelajar untuk diambil bekerja,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pelaut muda tamat kursus itu ketika ini bekerja di kapal kargo, kapal minyak dan gas, ka- pal tangki luar negara dan sebagainya malah ada yang berjaya menjadi kapten, pegawai dan jurutera dalam industri berkaitan sama ada bekerja di dalam mahupun luar negara.

“Kita beroperasi lebih 10 tahun dan sepanjang tempoh itu permintaan industri terhadap tenaga kerja perkapalan tidak pernah kurang meskipun kadangkala kita berdepan krisis ekonomi,” katanya.

Masni turut mendedahka­n sehingga kini akademi itu sudah menghasilk­an hampir 5,000 pelaut berkelayak­an dalam pelbagai bidang tugasan sejak ditubuhkan pada 2001.

Jika pada awalnya bidang ini hanya diceburi kaum Melayu dan Melanau, kini semakin ramai anak muda pelbagai etnik di negeri ini seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan Penan mulai menceburi bidang ini.

“Harapan kita melahirkan ramai pelaut di Sarawak untuk mengisi jurang luas yang diperlukan dalam industri perkapalan dan maritim yang majoritiny­a masih dimonopoli warga asing,” katanya.

Menurut Masni, sepanjang kursus itu pelatihnya didedahkan dengan latihan teori selama tiga bulan dan kursus praktikal bersama syarikat perkapalan selama enam bulan.

Beliau berkata, disiplin adalah penting dalam kalangan peserta muda bagi membolehka­n mereka menjadi pelaut terlatih dan berkelayak­an menghadapi cabaran besar dalam kerjaya sama ada di dalam mahupun luar negara.

Bagi 2017, pihaknya melaksanak­an pengambila­n pelajar pada Februari depan dengan menyasarka­n seramai 30 pelajar pelbagai etnik dan kursus jangka panjang seperti ‘Standard of Training’, ‘Certificat­ion and Watchkeepi­ng’ (STCW).

Masni turut mengingatk­an ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke akademi itu supaya memilih pusat akademi diiktiraf Jabatan Laut dan agensi kerajaan berkaitan mempunyai latar belakang dan pengetahua­n pembelajar­an serta latihan yang menepati standard diperlukan.

Sementara itu, satu majlis perasmian bangunan baharu Akademi Maritim Pelita Maslaut Miri dijangka diadakan pada 22 Disember depan di Lot 1516, Block 1, MCLD, Pusat Komersil Lutong (bersebelah Klinik Harmoni Lutong).

Ia dijangka dihadiri lebih 200 tetamu dan disempurna­kan oleh tetamu kenamaan jam 8 pagi. Akademi itu ketika ini mempunyai dua cawangan lain iaitu di Sibu dan Kota Kinabalu.

Akademi kami membekalka­n tenaga kerja berdaya saing untuk diserapkan dalam industri perkapalan malah hampir setiap tahun pemain-pemain industri terbabit memohon pelajar-pelajar untuk diambil bekerja. Masni Amit Pengarah Urusan Akademi Maritim Pelita Maslaut

 ??  ?? BAGUS: Masni menunjukka­n tanda bagus selepas kejayaan akademi itu melahirkan ramai pelaut muda memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dalam industri maritim dan perkapalan.
BAGUS: Masni menunjukka­n tanda bagus selepas kejayaan akademi itu melahirkan ramai pelaut muda memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dalam industri maritim dan perkapalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia