Utusan Borneo (Sarawak)

Kuarters usang akan dibaik pulih untuk kegunaan orang ramai, NGO

-

BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep akan membaik pulih kuarters-kuarters kerajaan yang sudah usang dan tidak digunakan lagi di sini.

Menurut beliau, inisiatif itu dibuat bagi mengelak pembaziran kemudahan kerajaan di mana ia boleh dimanfaatk­an untuk kegunaan orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalanka­n aktiviti.

“Terdapat banyak kuarters kerajaan di sini yang tidak digunakan.

“Maka itu, saya telah meletakkan peruntukan untuk membaik pulih kuartersku­arters ini agar ia boleh digunakan sebagai kemudahan untuk orang ramai dan NGO menjalanka­n aktiviti.

“Ini adalah lebih baik daripada kita membina kemudahan baharu kerana ia menelan kos yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Cawangan Bau di Tondong Inn, di sini Ahad lalu.

Sehubungan itu, Henry telah memberi kebenaran kepada PITSA Cawangan Bau agar menggunaka­n salah satu daripada kuarters tersebut sebaik sahaja ia siap dibaik pulih.

“Saya mahu salah satu daripada kuarters ini diuruskan oleh PITSA Cawangan Bau sama ada menjadikan ia sebagai homestay kerana ini akan memberi perniagaan kepada persatuan,” katanya.

Sempena majlis itu, Henry turut menyatakan akan menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PITSA Cawangan Bau untuk membuka akaun bank pada tahun depan bagi membolehka­n penubuhann­ya didaftarka­n dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

 ??  ?? RASMI: Henry (tengah) bersama tetamu kehormat lain memotong kek sebagai simbolik pelancaran PITSA Cawangan Bau di Tondong Inn, Bau, Ahad lalu.
RASMI: Henry (tengah) bersama tetamu kehormat lain memotong kek sebagai simbolik pelancaran PITSA Cawangan Bau di Tondong Inn, Bau, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia