Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha banteras kegiatan perjudian diteruskan menerusi 12 serbuan

-

KUCHING: Usaha membantera­s kegiatan perjudian di negeri ini diteruskan menerusi 12 serbuan yang diadakan pada 7 hingga 13 November lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Dev Kumar, serbuan menentang loteri haram, judi atas talian dan sabung ayam itu diadakan di Miri, Kuching, Sibu, Padawan, Bintulu, Limbang dan Sarikei.

“Dua belas serbuan itu membawa kepada penangkapa­n 22 individu yang terlibat dalam mempromosi­kan loteri tanpa lesen, mengendali­kan judi atas talian dan sabung ayam.

“Wang tunai berjumlah RM4,716 turut dirampas dalam serbuan-serbuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dev berkata, sembilan daripada serbuan itu berkaitan loteri haram, dua merupakan serbuan judi atas talian dan satu lagi serbuan di gelanggang sabung ayam.

Menurut beliau, individu yang ditangkap berusia dalam lingkungan 17 hingga 45 tahun di mana enam daripada jumlah itu merupakan warga asing.

Serbuan loteri tanpa lesen itu turut menjurus kepada penangkapa­n 10 individu terlibat dalam aktif dalam kegiatan haram tersebut.

Pelbagai barangan dirampas seperti mesin cetak mudah alih, telefon bimbit, kalkula- tor, lejar pertaruhan, slip dan wang tunai berjumlah RM3,905.

Dua serbuan judi atas talian diadakan di Padawan dan Bintulu menyaksika­n penangkapa­n tujuh individu dan rampasan 10 komputer dan mesin ikan yang digunakan untuk berjudi.

Serbuan sabung ayam di Sibu pula menyaksika­n lima kaki judi ditangkap.

 ??  ?? HARAM: Polis melakukan serbuan di lokasi menjual nombor ekor tanpa lesen.
HARAM: Polis melakukan serbuan di lokasi menjual nombor ekor tanpa lesen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia