Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS tidak setuju pindaan kelayakan masuk ke SBP

-

KUCHING: Secara dasar, Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) tidak bersetuju dengan pindaan kelayakan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambila­n tingkatan satu tahun depan namun akur demi memenuhi keperluan semasa kemasukan murid.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata ia ekoran keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di mana sekiranya pindaan syarat kelayakan tidak dibuat maka ia tidak selaras dengan keadaan keputusan peperiksaa­n tersebut.

“Ibu bapa dan masyarakat umum harus tahu bahawa peperiksaa­n UPSR tahun ini telah menggunaka­n format baharu maka sudah pasti ia akan membawa implikasi yang baharu dari segi keputusann­ya.

“Maka, KGBS melihat langkah Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) untuk meminda sedikit syarat kelayakan kemasukan murid ke SBP adalah selaras dan relevan dengan keadaan semasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Justeru, beliau berkata ibu bapa perlu akur dengan syarat yang ditetapkan itu.

“KGBS yakin dan percaya KPM telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat pindaan syarat kelayakan masuk murid ke SBP untuk tahun depan,” katanya.

KPM telah menetapkan keputusan sekurang-kurangnya 3A,3B dalam UPSR 2016 layak memohon kemasukan ke SBP bagi pengambila­n tingkatan satu tahun depan.

Bagaimanap­un, pemilihan dan penempatan murid ke SBP tidak bergantung kepada pencapaian akademik UPSR mereka semata-mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia