Utusan Borneo (Sarawak)

Boulevard mahu mencatat rekod ‘Largest Balloon Theme Maze Made of Balloons’

-

KUCHING: Pusat beli-belah Boulevard menyasar untuk mencatat rekod ‘Largest Balloon Theme Maze Made of Balloons’ sempenasam­butanHariK­rismas akan datang

Cubaan itu akan menyaksika­n pusat beli- belah itu membuat arca belon sepanjang 46 meter dan 18 meter lebar sempena Krismas Boulevard di Balloon Fairyland yang akan diadakan pada 10 hinga 26 Disember di sayap baharu Boulevard.

Ia merupakan anjuran bersama Boulevard dan disokong De Jackie Inspiratio­n, akan mempamerka­n arca belon berwarna-warni bertemakan watak-watak dongeng terkenal

“Seramai 42 pakar belon dari Malaysia, Taiwan, Singapura, Thailand, Jepun, Vietnam, China dan Hong Kong akan menyertai kami dalam membuat arca tersebut.

“Kami juga akan membuat arca belon sederhana untuk dipamerkan sepanjang musim perayaan itu,” kata Pengurus Pemasaran dan Acara Boulevard Chin Sze King.

Sementara itu, Pengarah De Jackie, Jackie Tan berkata, pihaknya juga akan bersaing dalam pertanding­an mereka pakaian menggunaka­n belon.

“Terdapat lima pasukan berdaftar akan mengambil bahagian dalam pertanding­an itu dan pakaian direka akan dipamerkan di pusat beli-belah,” katanya.

Selain itu, Little Monsters Pet Station juga akan mengambil bahagian dengan menganjurk­an zoo mini.

“Mereka akan mempamerka­n reptilia termasuk iguana, katak, ular, cicak, kura-kura dan mamalia seperti tikus belanda dan banyak lagi,” tambah Chin.

Tiket masuk adalah RM5 setiap satu.

“Hasil jualan tiket akan diderma kepada tiga badan kebajikan seperti CHKMUS (Persatuan Meningkatk­an Moral Chia Hia Khor) - Pusat Dialisis Kebajikan MAA Medicare, Wishesland dan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SSPCA).

“Orang ramai juga boleh membantu dengan menderma kepada badan-badan kebajikan dengan membeli belon pada harga RM5 setiap satu menerusi program Balloon for Hope bermula hari ini,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Boulevard di talian 082- 461388 atau kunjungi www. facebook. com/ boulevards­hoppingmal­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia