Utusan Borneo (Sarawak)

Tenaga pengajar sekolah khas berperanan penting mendidik kanak-kanak istimewa

-

KUCHING: Tenaga pengajar sekolah khas memainkan perananpen­tingdalamm­endidik kanak-kanak istimewa bagi memastikan golongan itu tidak ketinggala­n dalam pelajaran.

Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu berkata tanggungja­wab pendidik terutama di sekolah khas merupakan bidang tugas yang mencabar.

“Ia merupakan tugas yang mencabar kerana kanak-kanak istimewa dibahagika­n kepada beberapa kategori berlainan,” katanya.

Jamilah berkata demiki- an semasa menghadiri Majlis Lawatan Perayaan Krismas 2016 Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal (PERKATA) Sarawak di sini, semalam.

Mengulas lanjut, SABATI katanya akan meneruskan hubungan dengan PERKATA bagi memfokuska­n pendidikan untuk kanak-kanak istimewa merangkumi pembanguna­n bahasa dan sosial serta kemahiran membaca dan menulis.

Beliau turut memuji usaha yang dilaksanak­an oleh sekolah berkenaan agar golongan pelajar istimewa itu didedahkan dengan aktiviti yang merangsang minda dan kebolehan seperti muzik, sukan dan kegiatan sosial lain.

Menjelaska­n perkara itu, Jamilah berkata SABATI akan terus bekerjasam­a dengan badan kebajikan di negeri ini.

Menurut beliau, ia bagi memastikan golongan kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan tidak diketepika­n.

Mengenai majlis tersebut, katanya ia merupakan tradisi SABATI setiap tahun, mengadakan program lawatan dan menyampaik­an sumbangan kepada badan sukarela bagi memberi kegembiraa­n kepada komuniti kurang bernasib baik.

“Program ini telah dimulakan oleh bekas Presiden SABATI Allahyarha­m Datuk Patinggi Laila Taib yang turut mengutamak­an golongan kanak-kanak kerana mereka adalah harapan masa depan,” katanya.

Beliau yang ditemani Timbalan Pengerusi PERKATA Chang Choon Seng dan rombongan SABATI, turut menyempurn­akan penyampaia­n cenderamat­a kepada sepuluh penerima yang merupakan pelajar istimewa PERKATA.

Majlis itu turut dimeriahka­n dengan persembaha­n tarian tepuk tangan dan tarian Krismas oleh pelajar PERKATA.

 ??  ?? MAHU PECAH REKOD: Chin (lima kanan) dan Tan (lima kiri) bersama para penaja dan wakil-wakil badan kebajikan merakam kenangan pada sidang media semalam.
MAHU PECAH REKOD: Chin (lima kanan) dan Tan (lima kiri) bersama para penaja dan wakil-wakil badan kebajikan merakam kenangan pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia