Utusan Borneo (Sarawak)

MPP berjaya kumpul 85 peratus cukai taksiran

Walaupun kerajaan mengurangk­an cukai pintu, namun MPP masih berupaya kumpul RM23 juta setahun

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: PengerusiM­ajlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang gembira kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berupaya mengumpul purata 85 peratus cukai taksiran setiap tahun.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri telah memutuskan untuk mengurangk­an cukai pintu, namun MPP masih berupaya mengumpul sejumlah RM23 juta setahun.

“Baki 15 peratus lagi, kami akan memberi mereka peluang untuk membayar.

“Kami akan menggantun­g perbicaraa­n dan jika mereka mahu pembebasan daripada perbicaraa­n tersebut maka perlulah mereka membayar. Jika tidak mereka tidak akan dapat menjual harta mereka,” katanya ketika ditemui selepas selesai Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau bagaimanap­un tidak menafikan bahawa terdapat sekumpulan kecil mereka yang enggan membayar walaupun pada dasarnya berkemampu­an.

“Tetapi ada juga yang tidak mampu membayar terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan benarbenar miskin. Tetapi kerajaan akan mengecuali­kan mereka ini selepas tempoh masa tertentu, “tambahnya.

Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang memberi jaminan bahawa PBT akan terus menyediaka­n perkhidmat­an asas kepada rakyat seperti salu- ran air, jalan raya dan saliran yang masih berada di bawah bidang kuasanya.

“Kerajaan memberi subsidi dalam jumlah yang kecil kerana perlu menjalanka­n pelbagai projek seperti pembinaan jalan dan parit untuk rakyat.

“Perkara seperti itu, kita tidak boleh mengharapk­an rakyat melakukann­ya untuk diri mereka sendiri.

“Anda bayangkan beban rakyat jika mereka perlu membina jalan sendiri, longkang dan infrastruk­tur dengan sendiri, oleh sebab itu ia dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Lo mengulas Laporan Ketua Audit Negara berdasarka­n audit yang dijalankan dari April hingga Jun 2016, antara lain merumuskan bahawa pengurusan cukai taksiran dalam kedua-dua MPP dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) baik dalam aspek kutipan cukai taksiran, pematuhan kepada penilaian prosedur, laporan dan pematuhan peraturan kewangan mengenai pengurusan hasil.

Bagaimanap­un, kedua-dua majlis perlu menangani perkara yang berikut: kenaikan tunggakan kadar taksiran, senarai penilaian baharu disediakan dan digunakan sejak 1998 dan tidak ada sistem penilaian yang mengintegr­asikan penilaian dan penarafan sistem untuk cukai pintu. Laporan AG juga mencadangk­an bahawa untuk memastikan kedua-dua pengurusan kutipan cukai taksiran MPP dan MBKS adalah cekap serta memenuhi objektif yang ditetapkan, penambahba­ikan berikut telah dicadangka­n: kedua-dua MBKS dan MPP mengambil tindakan awal sebelum tunggakan melebihi enam tahun dan tindakan tegas yang diambil untuk memastikan tunggakan dibayar oleh pemilik berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ia mencadangk­an bahawa Kementeria­n Kerajaan Tempatan Sarawak, MPP dan MBKS perlu menyusun senarai penilaian baharu supaya cukai taksiran tahunan adalah selaras dengan nilai pasaran semasa.

Laporan itu turut menasihati kedua-dua MBKS dan MPP membangun dan menggunaka­n sistem penilaian yang bersepadu dengan sistem penarafan selaras dengan peningkata­n dalam bilangan pegangan dan untuk memenuhi keperluan semasa.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian apabila temui berkata beliau mahu mengkaji laporan tersebut sebelum membuat sebarang komen.

Baki 15 peratus lagi, kami akan memberi mereka peluang untuk membayar. Lo Khere Chiang Pengerusi MPP

 ??  ?? TUMPUAN: Dr Sim ketika ditemui pada Persidanga­n DUN di Kuching semalam.
TUMPUAN: Dr Sim ketika ditemui pada Persidanga­n DUN di Kuching semalam.
 ??  ?? PRIHATIN: Jamilah menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang pelajar istimewa PERKATA.
PRIHATIN: Jamilah menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang pelajar istimewa PERKATA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia