Utusan Borneo (Sarawak)

44 anggota sindiket African Scam ditahan

Wanita tempatan dipercayai menipu ahli perniagaan menyebabka­n kerugian RM2.9 juta

-

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan 44 anggota sindiket African Scam dalam beberapa operasi di sekitar Puchong dekat sini minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Mohd Sakri Ariffin berkata dalam operasi bermula 11.45 malam pada 16 Nov, seramai 36 suspek ditahan ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Puchong manakala lapan lagi suspek ditahan di sekitar bandar itu keesokanny­a (17 Nov).

“Suspek yang ditahan adalah 24 lelaki Nigeria, seorang lelaki tempatan dan sembilan wanita tempatan, masing-masing tiga wanita dari Nigeria dan Thailand, dua wanita Filipina serta seorang dari Vietnam dan Indonesia, kesemuanya berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun.

“Semakan terhadap semua suspek mendapati terdapat 13 laporan polis dibuat terhadap seorang wanita tempatan yang menjadi anggota sindiket itu, manakala seorang lagi wanita tempatan dipercayai terlibat dalam menipu seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur melibatkan kerugian berjum-

Kesemua lelaki warga Nigeria ini masuk ke Malaysia sebagai pelajar di kolej-kolej swasta tempatan dan yang wanita tempatan pula adalah pemilik akaun bank dan berperanan menyamar sebagai pihak berkuasa bagi menipu mangsa. ACP Mohd Sakri Ariffin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor

lah RM2.9 juta.

“Kesemua lelaki warga Nigeria ini masuk ke Malaysia sebagai pelajar di kolejkolej swasta tempatan dan yang wanita tempatan pula adalah pemilik akaun bank dan berperanan menyamar sebagai pihak berkuasa bagi menipu mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mohd Sakri berkata hasil siasatan terhadap suspek membawa polis ke sebuah rumah di Puchong yang dijadikan pusat operasi mereka dan di sana 14 buah komputer riba pelbagai jenama, dua buku cek dan buku akaun bank dari pelbagai bank serta lima keping kad ATM pelbagai bank dirampas.

Katanya modus operandi sindiket ini adalah berkenalan dengan mangsa melalui laman- laman sosial di Internet.

“Selepas berjaya mendapat kepercayaa­n mangsa, sindiket ini akan menipu mangsa dengan memberitah­u mereka ada memberi hadiah antaranya berupa wang tunai atau barangan mewah seperti barang kemas dan beg tangan yang mahal sebagai tanda sayang tetapi bungkusan itu ditahan oleh pihak berkuasa di lapangan terbang.

“Suspek ini kemudian akan menggunaka­n wanita tem- patan ini yang menyamar sebagai pihak berkuasa sama ada dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau Jabatan Imigresen untuk menghubung­i mangsa dan meminta bayaran bagi melepaskan barangan berkenaan.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas beberapa kali membayar duit yang diminta tetapi masih tidak menerima bungkusan berkenaan,” katanya.

Menurut Mohd Sakri, mangsa akan diarah memasukkan wang ke dalam akaun milik wanita tempatan yang menjadi anggota sindiket itu.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.

Beliau berkata dari Januari 2016 hingga kelmarin, sebanyak 554 kes dilaporkan melibatkan penipuan African Scam di Selangor membabitka­n kerugian sehingga RM20.8 juta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GAMBAR SUSPEK: Mohd Sukri (dua kiri) menunjukka­n gambar suspek yang terlibat dalam aktiviti scam melibatkan warga Afrika di Puchong pada sidang media di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor semalam.
— Gambar Bernama GAMBAR SUSPEK: Mohd Sukri (dua kiri) menunjukka­n gambar suspek yang terlibat dalam aktiviti scam melibatkan warga Afrika di Puchong pada sidang media di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia