Utusan Borneo (Sarawak)

Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebaskan serta-merta

-

jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Dis bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Idham Abdul Ghanit mencadangk­an jaminan RM20,000 ke atas setiap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Kedua- dua tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankua­sa PemanduGab­unganPilih­anRaya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Maria Chin Abdullah yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n(LangkahLan­gkah Khas) 2012 (SOSMA), semalam memfailkan permohonan habeas corpus supaya beliau dibebaskan serta-merta.

Permohonan habeas corpus itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam mewakiliny­a Datuk S. Ambiga menerusi Tetuan Daim & Gamany.

Maria, 60, selaku pemohon menamakan Ketua Unit Siasatan Jabatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Superinten­den Tham Lai Kuan, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Beliau memohon perintah agar dirinya dibawa ke mahkamah sepanjang perbicaraa­n permohonan itu dan supaya beliau dibebaskan serta- merta dan tidak ditangkap atau ditahan semula selepas pembebasan­nya.

Maria juga memohon perin- tah agar tidak dikenakan sebarang sekatan di bawah SOSMA atau perintah lain.

Anak sulung Maria, Azumin Mohamad Yunus, 23, dalam afidavit sokonganny­a, berkata penahanan ibunya di bawah SOSMA adalah tidak sah, melanggar undang-undang dan bersifat mala fide atas alasan responden tidak menyatakan sebab pemohon ditahan di bawah akta berkenaan.

Azumin berkata ibunya ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 Nov, sehari sebelum perhimpuna­n BERSIH 5 pada Sabtu lepas.

Beliau yang hadir di mahkamah berkata ibunya tidak mengetahui lokasi sebenar tempat tahanannya kerana matanya ditutup setiap kali dibawa keluar dari tempat tahanan itu.

Katanya beliau ada melawat ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Ahad lepas.

Maria masih ditahan sehingga semalam berhubung penganjura­n perhimpuna­n BERSIH 5 di sini pada Sabtu lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia