Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur didenda RM9,500 hina Perdana Menteri melalui Twitter

-

ALOR SETAR: Seorang penganggur didenda RM9,500 di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat komen jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunaka­n aplikasi Twitter, Disember tahun lalu.

Hakim Najwa Che Mat turut memerintah­kan tertuduh, Mohamad Arif Fadila Arbain, 26, dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunaka­n akaun Twitter atas nama @ SangAlgojo­e, melakukan kesalahan itu pada jam 9.32 malam, 1 Dis 2015 dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Komen jelik itu dibaca di Stadium Darul Aman, di sini pada 10 Jan 2016.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233( 3) akta yang sama.

Terdahulu peguam tertuduh, Lim Wei Yong dari- pada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon agar mahkamah menjatuhka­n hukuman seringan-ringannya kepada anak guamnya memandangk­an tertuduh baru sahaja berhenti kerja sebagai pembantu kedai makan dan perlu menanggung bapanya yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Bagaimanap­un Pengarah Pendakwaan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) Mohd Sophian Zakaria mahu hukuman tegas diberikan kepada tertuduh kerana kes tersebut merupakan kepentinga­n awam dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.

“Kesalahan ini serius dan jika tidak dicegah khususnya oleh mahkamah akan memberi mesej kepada masyarakat untuk bebas membuat komen jelik atau tidak baik kepada mana-mana pihak,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya pula berkata menyesal dengan perbuatann­ya dan tidak akan melakukan perbuatan itu lagi pada masa akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia