Utusan Borneo (Sarawak)

Audit: KPDNKK akan perbaiki kelemahan COSS

-

LARUT: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan memperbaik­i kelemahan dalam Skim Penstabila­n Minyak Masak (COSS) berikutan teguran Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau juga akan memastikan semua wang kerajaan untuk skim itu dibelanja dengan baik demi kesejahter­aan rakyat.

“Kementeria­n akan menentukan semua wang yang dibelanjak­an kerajaan digunakan dengan baik supaya tidak berlaku penyelewen­gan bagi subsidi minyak,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n bantuan pembanguna­n koperasi serta pinjaman Tabung Modal Pusingan kepada Koperasi Parlimen Larut di Batu Kurau dekat sini, semalam.

Menurutlap­oranitu,kerajaan terpaksa membayar tambahan RM2.92 juta dalam bentuk subsidi berikutan kelemahan dalam pengurusan COSS.

Untuk mengelak penyalahgu­naan atau ketirisan dalam pengagihan, ia mencadangk­an Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, yang melaksanak­an COSS berikutan harga minyak sawit mentah tinggi dalam suku kedua 2006 dan awal 2007, supaya sentiasa memantau dan mengawal minyak masak.

Bagaimanap­un, mesyuarat Kabinet pada 21 Sept lepas bersetuju supaya KPDNKK mengambil alih pengurusan COSS daripada Kementeria­n Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi bermula 1 Nov ini.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata tindakan tegas akan diambil terhadap manamana syarikat penghantar­an barang yang bersubahat untuk menyeludup barangan kawalan ke luar negara.

Tindakan tegas itu termasuk membatalka­n permit penghantar­an barang akan dibuat kerana pengimport­an dan pengekspor­tan barang perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu.

“Kalau mereka bawa keluar minyak masak bersubsidi atau apa sahaja barangan bersubsidi ke luar negara tanpa permit, ia adalah kesalahan besar dan kita akan bawa mereka ke muka pengadilan,” katanya.

Semalam, KPDNKK Selangor berjaya menumpaska­n cubaaan menyeludup keluar barang bersubsidi termasuk lebih empat tan minyak masak dan lima tan gula bernilai lebih RM30,000 menggunaka­n syarikat penghantar di Kajang. — Bernama PETALING JAYA: Turun sebagai juara bertahan, kontinjen Malaysia mempunyai misi untuk merangkul kejuaraan buat kali keenam pada Kejohanan Robotik Dunia (WRO) 2016 di New Delhi, India, dari 25 hingga 27 Nov ini.

Sebanyak 19 pasukan, lima pasukan daripada sekolah rendah, 11 (sekolah menengah) dan tiga (pusat pengajian tinggi) akan menggalas cabaran negara dalam kejohanan yang bertemakan ‘Rap the Scrap’ itu.

Pengarah Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian, Kementeria­n Pendidikan (KPM), Rozainun Ahmad berkata, penyertaan aktif para pelajar dalam pertanding­an robotik dianggap sebagai cara paling berkesan untuk mempopular­kan pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dalam kalangan mereka.

“Melalui pertanding­an ini, para peserta dapat men- gaplikasik­an kemahiran Pemikiran Komputasio­nal dan Sains Komputer ke dalam Kurikulum standard baharu sekolah rendah dan menengah.

“Oleh itu, KPM sangat menggalakk­an pelajar untuk mengambil bahagian dalam program robotik kerana melalui program seumpama ini pelajar akan dapat menguasai kemahiran penting yang amat diperlukan pada abad ke-21,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan Jalur Gemilang di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chai, di sini, semalam.

Kejohanan yang mempertand­ingkan empat kategori itu kini memasuki edisi ke-13 dan bakal disertai 500 pasukan membabitka­n 57 negara dari seluruh dunia.

Pasukan Malaysia merangkul tiga pingat emas, dua pingat gangsa dan empat anugerah kecemerlan­gan pada edisi 2015 yang berlangsun­g di Doha, Qatar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Hamzah (dua kiri) bermesra dengan penduduk setempat ketika melawat tapak Pasar Selasa Batu Kurau sempena Majlis Penyampaia­n Bantuan Pembanguna­n Koperasi serta Pinjaman Tabung Modal Pusingan kepada Koperasi Parliman Larut di Selama, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Hamzah (dua kiri) bermesra dengan penduduk setempat ketika melawat tapak Pasar Selasa Batu Kurau sempena Majlis Penyampaia­n Bantuan Pembanguna­n Koperasi serta Pinjaman Tabung Modal Pusingan kepada Koperasi Parliman Larut di Selama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia