Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan mansuh UPSR dimuktamad tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Keputusan cadangan memansuhan peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) dijangka dimuktamad­kan tahun hadapan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata Kementeria­n Pendidikan (KPM) telah mula menjalanka­n analisis dan sedang mempertimb­angkan masa yang sesuai untuk memutuskan perkara tersebut.

“Kita membuat analisa berdasarka­n pandangan ahliahli akademik dalam negara, modul dari negara-negara lain yang boleh diketengah­kan dan juga daripada guru-guru yang berpengala­man.

“Perbincang­an baru dilakukan di peringkat kementeria­n, belum dibawa ke peringkat Kabinet. Saya akan maklumkan tahun depan sebab semua pandangan itu sedang dibuat analisa,” katanya kepada wartawan di Lobi Parlimen.

Beliau berkata pihaknya masih belum bercadang untuk memansuhan UPSR dalam waktu terdekat kerana KPM baru sahaja melaksanak­an format baharu UPSR tahun ini.

“Sesetengah negara seperti Perancis dan Finland, pentaksira­n mereka adalah berdasarka­n penilaian sekolah termasuk pentaksira­n psikometri­k, kokurikulu­m dan sahsiah pelajar. Tapi sebab kita berorienta­sikan peperiksaa­n, kita hanya tengok pada akademik sahaja dan tidak pada soal lain,” jelasnya.

Terdahulu ketika sesi Waktu Pertanyaan- Pertanyaan Menteri (MQT) semasa menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), Mahdzir berkata format UPSR tidak ditukar sewenang-sewenangny­a kerana ia telah diperkenal­kan sejak 2010.

Beliau berkata pelajar telah diberikan persediaan selama enam tahun sebelum mereka menghadapi peperiksaa­n UPSR format baharu pada tahun ini.

Mahdzir pada 27 Okt lalu memaklumka­n bahawa kajian berkaitan cadangan untuk menggantik­an UPSR dengan Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) sudah memasuki peringkat akhir

Katanya sudah sampai masa untuk ujian berorienta­sikan peperiksaa­n yang dilaksanak­an pada masa ini dikaji semula bagi menilai pencapaian sebenar murid. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: Izmi (tengah) dan Pengarah Tabung Haji Negeri Perlis Amat Kassim Pait bergambar kenangan bersama penerima sumbangan pada Program Iqra Tabung Haji di Sekolah Kebangsaan Kampung Salang dekat Kangar, semalam.
— Gambar Bernama BANTU: Izmi (tengah) dan Pengarah Tabung Haji Negeri Perlis Amat Kassim Pait bergambar kenangan bersama penerima sumbangan pada Program Iqra Tabung Haji di Sekolah Kebangsaan Kampung Salang dekat Kangar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia