Utusan Borneo (Sarawak)

BERSIH 5.0: Semua kementeria­n diminta kenal pasti kakitangan

Terdapat ‘satu atau dua penjawat awam’ terlibat dalam perhimpuna­n haram

-

SEPANG: Semua kementeria­n diminta mengenal pasti kemungkina­n pegawai dan kakitangan­nya terlibat dalam perhimpuna­n BERSIH 5.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata demikian apabila dimaklumka­n bahawa terdapat ‘satu atau dua penjawat awam’ dipercayai pensyarah, terlibat dalam perhimpuna­n itu.

“Penglibata­n mereka (individu dipercayai pensyarah) dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan juga gambar dalam media sosial. Saya sudah minta kementeria­n yang berkaitan melihat sekiranya pegawaipeg­awainya terlibat.

“Bagaimanap­un, perkara ini perlu disahkan. Kita tidak boleh terus mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidanga­n CIO Convex Sektor Awam 2016 di sini semalam.

Ali berkata hukuman yang akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat dalam perhimpuna­n itu bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukan.

Minggu lepas, Ali mengingatk­an penjawat awam agar tidak menyertai sebarang perhimpuna­n yang tidak diluluskan pada Sabtu dan boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Ali berkata kerajaan mensasarka­n untuk mencapai matlamat menerbitka­n 7,000 set data dalam Portal Data Terbuka Sektor Awam menjelang 2020.

Setakat ini, terdapat 1,336 set data yang telahpun diterbitka­n di dalam portal yang menawarkan kepada orang ramai senarai set data daripada agensi kerajaan dan kementeria­n untuk menggunaka­n data itu tujuan inovasi dan menghasilk­an penyelesai­an baharu demi manfaat orang ramai atau menjana ekonomi.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada semua agensi yang bekerjasam­a dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi membolehka­n set data terbuka mereka diterbitka­n.

Oleh yang demikian, saya menggalakk­an setiap orang supaya melayari laman data. gov.my dan memaklumka­n kepada kami tentang cara untuk menambah baik platform ini.

“Portal ini tidak akan berjaya melainkan terdapat banyak nilai perniagaan dijana oleh masyarakat atau aplikasi mudah alih dijana menggunaka­n data ini,” katanya.

Persidanga­n yang bertemakan ‘ Kerajaan Digital Ke arah Warga Digital’ merupakan satu platform bagi agensi- agensi Ketua Pegawai Maklumat (CIO), rakan kongsi strategik daripada industri dan juga pakar antarabang­sa dan tempatan untuk meneroka transforma­si digital dalam penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan.

Persidanga­n dua hari ini bertujuan untuk memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada agensi yang telah berjaya melaksanak­an projek ICT sektor awam.

Ia menyediaka­n platform perbahasan melibatkan 16 ahli panel antarabang­sa dan 10 ahli panel tempatan mengenai justifikas­i dan idea-idea baharu dalam memberi pertimbang­an berhubung pelaksanaa­n ICT yang lebih baik dalam sektor awam. — Bernama

Penglibata­n mereka (individu dipercayai pensyarah) dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan juga gambar dalam media sosial. Saya sudah minta kementeria­n yang berkaitan melihat sekiranya pegawai-pegawainya terlibat. Tan Sri Dr Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia