Utusan Borneo (Sarawak)

DCA bakal dikenali sebagai Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) bakal dinaik taraf menjadi badan berkanun dan dikenali sebagai Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) menerusi penggubala­n Rang Undang-undang (RUU) Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam 2016.

Penggubala­n akta itu antara bertujuan memenuhi kehendak Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antara- bangsa (ICAO) yang mahu negara yang menandatan­gani Konvensyen Chicago, menubuhkan pihak berkuasa penerbanga­n awam yang berautonom­i bagi memastikan aspek keselamata­n penerbanga­n awam diuruskan dengan cekap.

Menerusi penggubala­n akta itu, ia bakal membantu Malaysia untuk memastikan segala urusan membabitka­n industri penerbanga­n awam memenuhi piawaian dan keselamata­n penerbanga­n awam antarabang­sa seperti ditetapkan ICAO.

Selain itu, ia turut berperanan mengawal selia, menyelaras dan melindungi industri penerbanga­n awam daripada gangguan yang menyalahi undang-undang serta bekerjasam­a dengan mana-mana pihak berkuasa bertanggun­gjawab menyiasat insiden pesawat penerbanga­n.

Akta itu antara lain turut memberi kuasa kepada CAAM untuk membangun dan menggalakk­an program pembanguna­n industri penerbanga­n awam negara, menjalanka­n penyelidik­an dan terbabit dalam operasi mencari serta menyelamat (S&R).

Akta itu memperuntu­kkan bahawa CAAM akan diterajui seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang dilantik menerusi nasihat Menteri Pengangkut­an.

Dengan wujudnya akta itu nanti, CAAM akan mempunyai kebebasan untuk menarik dan mengekalka­n kakitangan teknikal yang berkelayak­an bagi memastikan obligasi Malaysia menjamin keselamata­n industri penerbanga­n awam negara selari dengan harapan ICAO.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi ketika membentang­kan rang undang-undang itu di Parlimen semalam berkata, bacaan kali kedua akan dibuat dalam persidanga­n Dewan Rakyat pada tahun depan.

Beliau turut membentang­kan rang undang- undang meminda Akta Penerbanga­n Awam 1969, yang antaranya lain bertujuan menukarkan nama Ketua Pengarah kepada Ketua Pegawai Eksekutif selaras dengan rang undang-undang baru berkaitan DCA.

Pindaan di dalam akta itu antara lain memberi Menteri Pengangkut­an kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubunga­n dengan keselamata­n dalam penerbanga­n awam, penyiasata­n kemalangan dan insiden serius kapal udara.

Pindaan antara lain menaikkan penalti bagi kesalahan penerbanga­n yang berbahaya dan menceroboh di aerodrom berlesen atau aerodrom kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia