Utusan Borneo (Sarawak)

Masih ramai tidak sedar kepentinga­n meletak penama akaun Tabung Haji

-

KANGAR: Sikap pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang memandang remeh keperluan meletak penama akaun yang berhak ke atas simpanan yang dibuat hanya akan menyusahka­n waris mereka khususnya apabila berlaku kematian.

Pengarah TH Perlis, Amat Kassim Pait berkata umumnya pendeposit tidak menyedari keperluan itu sehingga pendeposit meninggal dunia menyebabka­n simpanan mereka menjadi pusaka yang perlu melalui banyak proses sebelum pembayaran boleh dibuat.

“Saya bersyukur kerana 66 peratus daripada penduduk Perlis adalah merupakan 150,000 orang pendeposit di Tabung Haji, namun kira-kira 50,000 pendeposit sahaja yang telah menamakan pewaris akaun mereka.

“Kesusahan pendeposit turut ditanggung oleh TH sehinggala­h pembayaran selesai yang mungkin mengambil masa sehingga dua tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan kembali ke sekolah di bawah program Iqra’ TH 2016 Peringkat Negeri Perlis di Sekolah Kebangsaan Salang di sini, semalam.

Amat Kassim berkata TH sedaya upaya melaksanak­an tanggungja­wab sebaik mungkin untuk memenuhi kewajipan terhadap pendeposit yang memberi kepercayaa­n kepada agensi itu sebagai pemegang amanah.

Beliau berkata peningkata­n kepercayaa­n orang ramai terhadap TH mendorong pencapaian sasaran peningkata­n pendeposit kepada 80 peratus menjelang tahun hadapan.

Terdahulu Amat Kassim menyampaik­an zakat pendidikan sebanyak RM43,500 kepada 87 pelajar asnaf dari tujuh sekolah terpilih dalam kawasan Kangar. Setiap pelajar menerima wang tunai RM200 dan kelengkapa­n sekolah bernilai RM300.

Di bawah program itu yang dilaksanak­an sepanjang bulan ini, TH memberi sumbangan berjumlah RM2 juta kepada 4,000 pelajar asnaf terpilih di setiap negeri di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia