Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan pertikai usaha kerajaan jalin hubungan erat dengan China

-

KANGAR: Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata rakyat hendaklah mempercaya­i kerajaan dan tidak mempertika­i pendekatan berbaik-baik untuk mengeratka­n hubungan dengan China.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk kepentinga­n rakyat dan meningkatk­an kemajuan ekonomi negara.

Rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarha­m Tun Abdul Razak yang berpandang­an jauh untuk merintis hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974, katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk: ‘Trump dan Pendirian Umat Islam’ anjuran bersama Jabatan Mufti Perlis, Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullai­l di sini malam kelmarin.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

“Usaha itu diteruskan anak beliau, Datuk Seri Mohd Najib yang menyedari bahawa hubungan baik dengan dengan negara tersebut dapat membantu ekonomi Malaysia,” tambah Reezal Merican.

Beliaumeno­lakkerastu­duhan segelintir rakyat bahawa sikap perdana menteri yang menerima pelaburan besar China bakal menggadai kedaulatan negara kepada negara tersebut.

“Semua pihak harus sedar China dengan penduduk sebanyak 1.6 bilion orang adalah kuasa ekonomi dunia kedua terbesar selepas Amerika Syarikat. Hubungan baik yang terjalin akan membuka jalan kepada lebih banyak eksport negara memasuki pasaran negara itu yang menguntung­kan rakyat dan negara Malaysia,” katanya.

Sementara itu seorang lagi anggota panel Dr Maszlee Malik berkata negara Islam perlu mempunyai seorang tokoh yang berkemampu­an ‘mendiamkan’ Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat) agar tidak memandang serong terhadap umat dan agama Islam.

Beliau yang juga Anggota Jawatankua­sa Fatwa Negeri Perlis berkata paling penting bagi negara Islam seluruh dunia untuk merapatkan hubungan kerana dengan perpaduan sahaja dapat membentuk kekuatan mereka bagi menghadapi sebarang kemungkina­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGERUSI MESYUARAT: Hishammudd­in (dua kiri) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Penyediaan Usul Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua...
— Gambar Bernama PENGERUSI MESYUARAT: Hishammudd­in (dua kiri) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Penyediaan Usul Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia